Selepas penantian selama berbulan-bulan, restoran fast food yang sering muncul dalam filem-filem Hollywood, Taco Bell akhirnya sah akan dibuka di Malaysia pada 2 April ini.
Sebelum ni tengok Taco Bell dalam TV je. Tak sangka dah ada kat depan mata.
Taco Bell akan dibuka pada Jumaat depan, 2 April 2021 di Cyberjaya. #LiveKawKaw pic.twitter.com/DlF2eYj1Nz
— Cyberjaya Info 🇲🇾 (@Twt_Cyberjaya) March 23, 2021
Sudah mengintai peluang untuk meluaskan pasaran di Asia Pasifik, Cottage Walk, Cyberjaya menjadi lokasi pilihan Taco Bell menapak di Malaysia.

BACA: Bagaimana Jollibee Mampu ‘Takluk’ Pasaran Makanan Segera Di Filipina Berbanding McDonald’
Selain Malaysia, Taco Bell juga merancang untuk membuka operasi mereka di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Laos.
Kredit: @Twt_Cyberjaya
Sejak daripada diperkenalkan pada tahun 1962, Taco Bell sudah pun mempunyai lebih daripada 7,000 cawangan di Amerika Syarikat.