Dokumentari ‘Casting JonBenet’ Dedah Sisi Lain Kisah Pembunuhan Ratu Cantik Cilik Ramsey

Dokumentari ‘Casting JonBenet’ Dedah Sisi Lain Kisah Pembunuhan Ratu Cantik Cilik

Dokumentari Casting JonBenet merupakan filem dokumentari yang berceritakan mengenai kisah pembunuhan JonBenet Ramsey, seorang kanak-kanak berusia enam tahun pada tahun 1996.

Kisah kematiannya yang menjadi misteri selama lebih 22 tahun bermula apabila pada 26 Disember 1996, ibu JonBenet, Patsy Ramsey menerima sepucuk surat di hadapan tangga rumah yang mana isi kandungannya meminta wang tebusan daripada Patsy bagi menggantikan anak perempuannya yang diculik.

Dokumentari ‘Casting JonBenet’ Dedah Sisi Lain Kisah Pembunuhan Ratu Cantik Cilik Ramsey 2

Tujuh jam selepas itu, mereka sekali lagi dikejutkan dengan penemuan mayat JonBenet terbaring dengan mulut dilekat pita pelekat dan lehernya dililit kabel di ruang bawah tanah rumah mereka.

Hasil bedah mendapati JomBenet dipukul sehingga meninggal dunia dan meninggal disebabkan lemas selepas lehernya dililit menggunakan kabel.

Hasil siasatan, polis menemui DNA di seluar dalam dan baju tidur mangsa yang identitinya tidak diketahui. Malah polis juga menemukan tapak kaki misteri.

Beberapa orang disyaki sebagai suspek namun disebabkan tiada bukti kukuh, kes ini terbiar begitu sahaja.

Pelbagai teori muncul termasuklah melibatkan keluarga JonBenet sendiri antaranya ianya adalah jenayah terancang ibu bapanya sendiri selain daripada berpunca daripada rasa cemburu seorang abang.

Dokumentari ‘Casting JonBenet’ Dedah Sisi Lain Kisah Pembunuhan Ratu Cantik Cilik Ramsey 3

Selepas 22 tahun, akhirnya seorang lelaki mengakui beliaulah pembunuh yang telah menyebabkan kematian JonBenet, kanak-kanak yang aktif memasuki pertandingan kecantikan dan pernah menang sekurangnya lima kali.

Dalam satu surat, Gary Oliva, 56 tahun menulis bahawa beliau tidak sengaja telah membunuh JonBenet.

Beliau yang merupakan pesalah pedofil yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun di Colorado, Amerika Syarikat juga didapati menyimpan lebih 335 foto JonBenet di telefon bimbit.

JonBenet_Ramsey_ransom_note

Dan pengakuan bertulisnya menjadi bukti jenayahnya.

“Saya tidak pernah mencintai sesiapa sebagaimana saya mencintai JonBenet. Saya biarkan beliau tergelincir dan beliau meninggal dunia.

Ia adalah kemalangan.”

Sebelum ini seorang guru, John Mark telah membuat pengakuan palsu bahawa JonBenet sebenarnya dibunuh beliau.

Beliau mengakui JonBennet disuntik dengan dadah, diserang secara seksual dan tanpa sengaja dibunuh. Namun laporan bedah siasat mendapati tiada dadah dalam badan mangsa.

Pada tahun 2016, satu siri mini dokumentari mengenai kes ini telah disiarkan dalam dua episod pendek The Case of: JonBenet Ramsey.

Dan pada tahun 2017, satu dokumentari lain disiarkan mengenai insiden ini namun melihat kepada adegan pemilihan watak semasa proses uji bakat dilaksanakan.

Diarahkan oleh Kitty Green, dokumentari ini memaparkan sisi lain mengenai kejadian jenayah melibatkan JonBenet iaitu dengan bagaimana para pelakon menjalani uji bakat cuba membawakan emosi dan perasaan mereka mengenai kes berkenaan.

Daripada dokumentasi jenayah, dokumentari ini melihat bagaimana kejadian pembunuhan JonBenet menjadi titik obsesi dan konspirasi pop-budaya.

Sumber:

  1. The Sun
  2. Death of JonBennet