Muat Naik Gambar Bersama Lejen ‘KL Gangster’, Peminat Harap Adanya ‘KL Gangster The Finale’

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu

Biarpun sudah menghampiri usia 10 tahun ditayangkan di Malaysia, tidak dinafikan filem aksi jenayah KL Gangster (2011) masih ditonton sehingga ke hari ini.

Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem yang membariskan Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie, Adi Putra dan ramai lagi, perkongsian gambar pertemuan bintang lejen ini seakan memberikan harapan kepada peminat akan adanya sambungan yang sekali lagi menggandingkan mereka.

Pertemuan lejen KL Gangster ini membuatkan peminat yang mengikuti filem ini menjadi teruja dan menaruh harapan untuk melihat pelakon-pelakon ini kembali bersatu dalam filem yang sama.

Pada tahun 2018, Skop Production telah menerbitkan rendisi daripada filem KL Gangster iaitu KL Gangster: Underworld dan KL Gangster: Underworld 2 pada 2020.

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu 2

Plot KL Gangster: Underworld bermula selepas kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan arah selepas ketua mereka sama ada dibunuh atau dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

Masing-masing saling bersaing demi merebut takhta yang kosong. Dalam proses ini pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj sentiasa berlaku.

Muat Naik Gambar Bersama, Peminat Taruh Harapan Lejen ‘KL Gangster’ Kembali Bersatu 1