Terusan Suez yang menghubungkan laluan Laut Maditerranean ke Laut merah dengan kepanjangan 193.30km menjadi perhatian dunia apabila sebuah kapal kargo gergasi seberat 200,00 tan dilaporkan menghalang laluan perdagangan dunia sejak Selasa lalu akibat daripada ribut yang melanda banyak negara Asia Barat.
Dengan posisi melintang, kapal Ever Given ini telah menghalang kapal-kapal lain yang sepatutnya menggunakan terusan berkenaan bagi memendekkan masa pelayaran.
Kapal Ever Given yang sepatutnya dijadualkan tiba di Pelabuhan Rotterdam, Belanda pada 1 April ini juga menyebabkan harga minyak mentah Brent naik 6.1% (RM267.28) untuk satu tong pada Rabu lalu ekoran daripada kejadian tersebut.


Untuk pengetahuan anda, setiap hari dilaporkan lebih 50 buah kapal melalui Terusan Suez setiap hari.
Walaupun memberitahu usaha mengalihkan kapal kargo berukuran 400 meter panjang dan 59 meter lebar ini mengambil masa selama seminggu, namun operasi ini dikatakan sangat sukar.
Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia terbesar di dunia yang berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut merah.
Membenarkan laluan air secara dua hala yang menghubungkan Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika, Terusan Suez kini dimiliki Mesir selepas dijadikan pemilikan sebuah negara semasa pemerintahan presiden Gamal Andel Nasser.
Sumber: