sushi

Sejarah Sushi: Sebenarnya Sushi Berasal Dari China

Baru-baru ini kecoh di media sosial, sebuah restoran hidangan makanan Jepun telah menerima tuduhan menyediakan hidangan daripada babi oleh seorang wanita.

Menerusi perkongsian tersebut, kakitangan restoran itu yang memaklumkan bahawa restoran tersebut menghidangkan babi dan tidak membenarkannya bersama keluarga masuk ke restoran itu.

Perkongsian wanita tersebut telah mendapat perhatian netizen dan kini perkongsian tersebut telah dipadamkan. Akan tetapi, perkongsiannya sudah tersebar luar di media sosial.

Restoran yang dituduh telah menafikan kenyataan wanita tersebut dimana pihaknya tidak menjual daging babi pada masakan mereka. Malah, tuduhan yang dilemparkan akan disiasat oleh pihak mereka dan tindakan sewajarnya akan diambil.

sushi

Alang-alang perkara ini telah viral di media sosial, mari kita pelajari tentang sejarah bagaimana makanan ini boleh terhasil. Jom baca perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Zunita Ramli berkenaan sushi.

Sekarang kecoh sungguh pasal sushi kan.
Tapi saya tak nak sentuh pasal isu ni yang tengah viral, cuma mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang yang walaupun Jepun terkenal dengan makanan ini, tapi yang sebenarnya sushi berasal dari China.
Dan sushi yang kita makan dekat kedai sekarang dipanggil “sushi moden”. Haa.. Sebab sushi dulu-dulu bukan macam tu tau bentuk dia. Makanan ini dulu-dulu nama dia narezushi.
Narezushi ni dibuat dengan mengepal nasi dengan isi ikan yang dicampur dengan garam, dan kepalan ni digulung dalam daun. Campuran garam tu berfungsi untuk menjerukkan ikan tu dan ianya akan disimpan dalam tempoh masa yang lama, boleh sampai berbulan, tahun, bahkan dekad!
Boleh ke narezushi disimpan sampai 100 tahun?
Boleh, jika disediakan dengan betul dan jika proses penjerukan berlaku dengan sempurna. Cuma kalau dah 100 tahun narezushi tu expect lebih banyak air dari isi ikan itu sendiri lah.
Iya lah, dulu-dulu kan tak ada peti ais. Jadi ini adalah cara orang Jepun untuk “preserve” makanan mereka dalam tempoh masa yang lama.
Tapi cara makan narezushi ni berbeza la dengan cara kita makan “sushi moden” sekarang sebab narezushi ni hanya isi ikan saja yang dimakan. Nasi tu sebaliknya akan dibuang. Sebab nasi tu sebenarnya hanya dijadikan pemangkin untuk penjerukan ikan bersama garam tu sahaja.
“Sushi moden” atau “nigiri” pula dicipta sekitar abad ke-17, iaitu masa Pemerintahan Edo oleh Hanaya Yohei yang dikenali sebagai “father of sushi” di Tokyo.
Begitulah.
Viral punya pasal, terus belajar sejarah sushi 🤣

Kalau anda nak tahu, orang Jepun juga yang pertama mencipta periuk nasi. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut di sini.