jho low

RM48 Juta Milik Bapa Jho Low Kini Jadi Hak Kerajaan Malaysia

Terdapat perkembangan terbaru dengan kes ahli perniagaan yang masih dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai menjadi mastermind dalam skandal 1MDB.

Terkini, wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa Jho Low, kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

jho low

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinas Shabudin selaku pemohon memaklumkan tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah untuk menuntut wang RM48,491,064 itu.

Larry Low selaku responden yang tidak diwakili peguam juga tidak hadir ke mahkamah.

BACA: Tak Rasa Diri Bersalah, Jho Low Dakwa Hanya Pinjam Duit 1MDB Untuk Kegunaan Peribadi

Menurut Shafinas, harta yang terbabit ialah wang berjumlah RM20,784,952.56, RM300,000, RM500,000 dan RM20 juta yang disita dari akaun simpanan tetap dan semasa responden di Bank RHB Cawangan KLCC.

Tambahnya lagi, wang berjumlah RM6,242,593.10, RM345,496.47 dan RM318,021.95 disita dari akaun simpanan tetap dan akaun semasa responden di Maybank, di cawangan Plaza Gurney di Pulau Pinang.

Hingga kini, pihak berkuasa dilaporkan masih berusaha mengesan Larry Low, isterinya Goh Gaik Ewe dan Jho Low untuk membantu siasatan kes membabitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.

Sumber: Bernama