diskaun saman

Polis Tawar Diskaun 50% Saman. Mari Selesaikannya!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tawaran kepada anda untuk membayar tunggakan dengan diskaun saman 50% kepada pesalah trafik.

Tawaran ini khas kepada mereka yang membuat pembayaran melalui portal atau aplikasi MyBayar Saman sehingga 14 April 2021. Berdasarkan penerangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian dengan lebih mudah.

diskaun saman

Ini merupakan satu inisiatif yang amat terpuji oleh PDRM kerana mampu memberikan kepada orang awam untuk melakukan pembayaran tanpa perlu beratur dan bersesak di kaunter bayaran sedia ada. Bahkan, penjarakan sosial serta pematuhan kepada SOP di musim wabak pandemik ini dapat diikuti.

Walau bagaimanapun, pemberian diskaun saman 50% ini dikecualikan ke atas beberapa kesalahan termasuk melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

Bukan itu sahaja, malahan, penggunaan portal dan aplikasi itu akan mengurangkan kebergantungan kepada kutipan ejen swasta serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan trafik kepada awam memandangkan saman boleh dibayar tanpa had masa dan sebarang caj perkhidmatan.

Dengan ini, kebarangkalian pungutan saman yang diperolehi akan meningkat kerana ramai pengguna jalan raya mahu membayar saman dengan cara mudah secara dalam talian.

Untuk anda yang ingin melunaskandengan diskaun saman 50%, boleh layari laman MyBayar Saman di sini.

BACA: Ibu Ditahan Curi Makanan Dan Ubat, Tindakan Ketua Polis PJ Ini Tarik Perhatian Netizen