Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’ 4

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’

Watak Song Kang sebagai seorang ‘pahlawan’ dalam Sweet Home nyata mendapat pujian ramai.

BACA: Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’

Yang terbaharu, drama lakonan Song Kang mendapat perhatian ramai apabila beliau akan muncul dengan watak yang jauh berbeza iaitu penari balet dalam Navillera.

Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’ 2

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’

Diadaptasi daripada webtoon, drama dengan 12 episod ini sudah pun mula ditayangkan pada 22 Mac lalu.

Mengisahkan mengenai Sim Deok Chool (lakonan Park In Hwan) yang telah lama menyimpan impian sebagai penari balet dan selepas bersara pada usia 70 tahun beliau mengejar impiannya.

Biarpun disanggah keluarganya, Deok Chool tetap dengan keputusannya dan menyertai syarikat balet untuk mencapai impiannya.

Daripada Pemburu Raksaksa Kepada Penari Balet, Penonton Teruja Dengan Watak Song Kang Dalam ‘Navillera’ 3

Di sana beliau bertemu Lee Chae Rok (lakonan Song Kang) yang tidak mempunyai bakat dalam sukan besbol, berenang dan bola sepak tetapi sangat meminati balet.

 

Sejak daripada menyertai balet, Chae Rok mengalami kesukaran termasuklah dalam ekonomi.

Pada ketika impiannya pada balet hampir lupus, Deok Chool muncul di hadapannya.

Sudah boleh ditonton di Netflix, tonton trailer rasmi drama Navillera di pautan bawah: