Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Zina, TikTokers Ini Teruk Dikritik 1

Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Zina, Pengguna TikTok Ini Teruk Dikritik

Tidak dinafikan, hari ini TikTok merupakan salah satu platform terbesar yang menjadi tumpuan generasi muda untuk berkongsi aktiviti harian mereka termasuklah hobi, tip dan trick, resepi dan sebagainya.

BACA: Lebih Banyak Perkongsian Ilmu Daripada Video Joget, Ini Senarai TikToker Yang Anda Boleh ‘Follow’

Namun seperti kandungan media sosial yang lain, kandungan di TikTok tidak semuanya boleh diterima bulat-bulat.

Sebagai contoh, salah seorang pengguna TikTok percaya yang bahagian bawah mata menjadi hitam (eyebag) adalah disebabkan perbuatan zina.

Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Perbuatan Zina, TikTokers Ini Teruk Dikritik
Sumber: @ocxceanis

Untuk pengetahuan anda, bawah mata yang hitam adalah masalah biasa yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Ada beberapa punca eyebag terjadi dan ianya langsung tiada kena mengena dengan zina:

Percaya Bawah Mata Hitam Berpunca Daripada Zina, TikTokers Ini Teruk Dikritik 1
Sumber: Square Space
  1. Keturunan atau pun genetik
  2. Pengambilan ubat
  3. Faktor umum
  4. Kurang tidur
  5. Usia

Bagi kebanyakan orang, lingkaran hitam di bawah mata ini hanyalah bersifat sementara dan kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain.

Namun sekiranya ianya menjadi teruk dari masa ke semasa, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.