Istilah ‘Keling’ ‘Tambi’ DBP 3

Penggunaan Istilah ‘Keling’ Dan ‘Tambi’ Dalam Kamus DBP

Tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memasukkan perkataan ‘keling’ dalam definisi ‘tambi’ menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuklah beberapa wakil rakyat daripada pelbagai parti.

BACA: Media Sosial Punca Bahasa Kebangsaan Berdepan Cabaran Besar – DBP

Definisi ‘tambi dalam Kamus PRPM

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), ‘tambi’ didefinisikan sebagai:

  1. panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita
  2. pelayan pejabat; peon

cats

Menurut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, ‘tambi’ adalah kata ramah, kata kasih sayang dan kata hormat yang merujuk kepada orang yang lebih tua, sama seperti ‘anna’ yang menunjukkan kepada jantina perempuan.

**Dalam perkembangan baharu DBP telah mengubah definisi ini di laman PRPM daripada ‘orang Keling’ kepada orang India.

Istilah ‘Keling’ ‘Tambi’ DBP 1

Definisi ‘keling’ dalam Kamus PRPM

Dalam PRPM, ‘keling’ didefinisikan sebagai bahagian India selatan.

Istilah ‘Keling’ ‘Tambi’ DBP

Biarpun perkataan ‘keling’ selalunya digunakan untuk merujuk kepada masyarakat India, namun penggunaannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia.

Sama seperti penggunakan perkataan nigger yang merujuk kepada masyarakat Amerika Afrika.

Penjelasan DBP

Sejak tahun 1963

Daripada istilah umum, perkataan ‘keling’ dianggap menghina sejak dari tahun 1963 dengan erubahan istilah kepada orang India dalam buku Cherita Jenaka (1960) dan Cherita Jenaka (1963).

Banyak kemungkinan yang dipercayai menjadi punca perubahan ini termasuklah daripada segi sejarah yang mana kebanyakan pendatang dari India yang bekerja di ladang dikenali sebagai keling.

Namun apabila mencapai tahap ekonomi yang tertinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang sudah ‘dicop’ sebagai kelas bawahan.

Istilah ini bukan sahaja tidak digemari kaum India di Malaysia, tetapi juga kaum India di Indonesia dan Singapura kerana juga boleh ditafsirkan sebagai kata makian.

Penggunaan perkataan ‘keling’ dan kes saman

Pada Disember 2005, Pengerusi Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM), [email protected] Othman Ravinthranath Abdullah telah menyaman DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan mendesak agar istilah berkenaan dipadamkan daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga kerana disifatkan sebagai menghina kaum India Malaysia.

Namun Timbalan Ketua Pengarah DBP pada ketika itu, Abu Bakar Mohamad memberikan hujah balas bahawa APIM tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

Setahun kemudian (Disember 2006), Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan DBP dan pada Mei 2009, Hakim Lau Bee Lan memutuskan yang mana istilah ‘keling’ dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan bagi tujuan pembelajaran dan tiada niat jahat kepada mana-mana pihak.

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. DBP
  3. PRPM