Ambil Pesakit Dementia Sebagai Pelayan, Pelanggan ‘Restoran Pesanan Salah’ Tetap Gembira Biarpun Terima Makanan Salah 3

Ambil Pelayan Nyanyuk, Pelanggan Restoran Ini Tetap Gembira Biarpun Terima Makanan Salah

Penyakit dementia merupakan sejenis penyakit otak yang progresif dan boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti seharian.

Memerlukan penjagaan masa panjang, sebahagian daripada pesakit dementia kurang atau tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian kerana agak sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Hilang daya ingatan menyebabkan masalah kepada pekerjaan atau kehidupan harian termasuklah dalam aktiviti harian biasa seperti memasak, mandi atau pun mengenakan pakaian.

Bagi membuka peluang kepada warga emas yang mengalami masalah ini, sebuah restoran di Jepun yang dibuka pada tahun 2017 menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan masyarakat kerana para pelayannya terdiri daripada mereka yang mengalami masalah dementia dan Alzheimer. Mereka inilah pelayan nyanyuk.

Ambil Pesakit Dementia Sebagai Pelayan, Pelanggan ‘Restoran Pesanan Salah’ Tetap Gembira Biarpun Terima Makanan Salah 1
Sumber: JUICE

Dalam tempoh percubaan (2-4 Jun 2017), para pelanggan yang mengunjungi The Restaurant of Order Mistake (twist kepada kisah Keni Miyazawa 1924,  The Restaurant of Many Orders) akan memesan makanan kepada pelayan dan menunggu menu apa yang akan dihidangkan kepada mereka.

Biarpun menu yang akan dihidangkan tidak sama dengan apa yang dipesan, kebanyakan daripada pelanggan tetap gembira menikmatinya kerana terhibur dengan kaletah pelayan yang menghidangkannya bersama senyuman.

Menurut Shiro Oguni, idea pengenalan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai masalah pesakit dementia dan berharap agar orang ramai dapat mengubah persepsi mereka terhadap pesakit.

Ambil Pesakit Dementia Sebagai Pelayan, Pelanggan ‘Restoran Pesanan Salah’ Tetap Gembira Biarpun Terima Makanan Salah 2
Sumber: Next Shark

Biarpun Jepun tersenarai sebagai salah sebuah negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada tahun 2017 dengan jangka hayat tertinggi semasa kelahiran, namun warga tua Jepun menghadapi risiko keperluan rawatan jangka panjang dan kadar berlakunya dementia yang tinggi.

Walaupun ada antara pelayan nyanyuk yang berehat tengah hari sudah pun terlupa mengenai pengalaman mereka bekerja pada waktu pagi, namun masing-masing dilihat tetap bersemangat untuk bertugas.

BACA: Syarikat Di Jepun Beri Cuti Bergaji Kepada Pekerja Yang Sedih Kerana Idol Mereka Bersara

Sumber:

  1. BoredPanda
  2. OAText
  3. MyHealth