
Fedi Nuril & Reza Rahadian Kekal, Marsha Timothy Penyeri Baru ‘Surga Yang Tak Dirindukan 3’
Fedi Nuril & Reza Rahadian Kekal, Marsha Timothy Penyeri Baru ‘Surga Yang Tak Dirindukan 3’
Pernah mencetuskan fenomena, siri filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Asma Nadia, Surga Yang Tak Dirindukan kini kembali dengan sekuel ke-3, Surga Yang Tak Dirindukan 3 selepas Surga Yang Tak Dirindukan 2.
BACA: ‘Sabtu Bersama Bapak’ Filem Indonesia Bikin Leleh
Menampilkan Fedi Nuril, Reza Rahadian, Marsha Timothy dan Oline Mendeng, Fedi Nuril memberitahu plot cerita ini penuh dengan kejutan terutamanya dalam kehidupan wataknya sebagai Andhika Prasetya.
Menggantikan Raline Shah sebagai Mei Ros, Marsha Timothy mengakui agak sulit untuk memainkan watak yang sebelum ini dimainkan oleh orang lain.
Diarahkan Hanung Bramantyo, filem ini akhirnya diputuskan untuk ditayangkan menerusi Disney+Hotstar bermula 16 April 2021 selepas melihatkan pada keadaan pawagam yang masih tidak menentu di Indonesia.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=285688786254121&set=a.208476557308678
Tonton trailer sekuel ini di pautan bawah:
Tahukah anda, di Indonesia ada satu sinetron yang diinspirasikan daripada drama popular Nur?
Drama Nur lakonan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia, tetapi juga di luar negara terutamanya negara serumpun Indonesia.
Mencipta fenomena dengan meraih rating lebih 10 juta penonton semasa ditayangkan di saluran TV3, satu sinetron Indonesia, Bismillah Cinta yang mula ditayangkan sejak 12 April lalu dikatakan telah mengambil inspirasi daripada drama Nur.
Dibintangi Ali Syakieb, Margin Wieheerm, Firstriana Aldila, Lian Firman, Dewi Affandi, Dolly Martin dan Shinta Bachir, sinteron ini mengisahkan mengenai kehidupan cinta penuh kontroversi antara ustaz muda Reihanhan dengan Jannah, pelayan di satu pusat karaoke.
Kisah cinta mereka ditentang oleh orang-orang sekeliling kerana perbezaan darjat yang dipegang keduanya dalam masyarakat.
Sebelum ini, heboh mengenai drama ini yang hanya mampu bertahan satu episod sahaja di Indonesia kerana tidak mencapai jumlah tontonan yang dimahukan biarpun ditayangkan pada waktu kemuncak dengan tempoh paling tinggi penonton iaitu pada jam 4.30 pagi.
Mengulas mengenai isu ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi menerusi Utusan Malaysia menjelaskan tahap kualiti yang masih lagi syk sendiri merupakan salah satu punca utama siri drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.
Meluahkan kekesalan mutu drama ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja, Zed Zaidi menjelaskan biarpun drama Nur pernah gah meraih sembilan kategori dalam dua anugerah anjuran Media Prima Berhad, ianya bukanlah ukuran kualiti.
Menepis dakwaan Zed Zaidi, pengarah siri Nur, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan sebenarnya drama berkenaan akan ditayangkan semula di dua stesen televisyen dengan waktu siaran baharu yang ditetapkan selepas menerima desakan daripada peminat seberang.
Trending now



