‘Malaysia’ Jadi Salah Satu Nama Kegemaran Untuk Bayi Perempuan Di AS 2

‘Malaysia’ Jadi Salah Satu Nama Kegemaran Untuk Bayi Perempuan Di Amerika Syarikat

Sejak daripada minggu lalu, perkataan ‘Malaysia King’ beberapa kali menjadi trending di media sosial.

BACA: Mahu Berbeza Daripada Orang Lain, Wanita Ini Namakan Anaknya Dengan Lebih 1,000 Huruf

Untuk yang tidak tahu, Malaysia King yang trending tersebut langsung tiada kena mengena dengan Malaysia sebaliknya merupakan salah seorang daripada tiga orang wanita yang telah melakukan kekacauan dan keganasan terhadap seorang pemandu Uber di Amerika Syarikat.

‘Malaysia’ Jadi Salah Satu Nama Kegemaran Untuk Bayi Perempuan Di AS 2
Sumber: UMade Malaysia

Menjadi salah sebuah negara yang semakin melonjak naik di mata dunia, tahukah anda di Amerika Syarikat, nama ‘Malaysia’ merupakan salah satu nama yang menjadi kegemaran rakyat di sana untuk diberikan pada anak/bayi perempuan?

Bahagian Pendaftaran Keselamatan Sosial Amerika Syarikat mendedahkan pada tahun 2019 lebih 543 orang bayi perempuan dinamakan sebagai ‘Malaysia’.

‘Malaysia’ Jadi Salah Satu Nama Kegemaran Untuk Bayi Perempuan Di AS 1

2014 merupakan tahun paling ramai rakyat Amerika Syarikat menamakan anak mereka sebagai Malaysia sehingga menyebabkan nama ‘Malaysia’ terletak di kedudukan nama ke-397 paling popular.