Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 7

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya Guna Teknik CGI

Drama Korea Selatan lakonan Song Jong-ki, Jeon Yeo-been dan Ok Taec-yeon, Vincenzo semakin mendapat perhatian ramai.

Mencatatkan peningkatan pada rating tontonan, drama dengan genre komedi gelap ini mengisahkan mengenai Park Joo-hyung (Song Jong-ki) yang berpindah ke Itali selepas diambil sebagai anak angkat oleh Don Fabio, ketua keluarga mafia Cassano.

Dinamakan semula sebagai Vincenzo Cassano, kerjayanya sebagai seorang peguam mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang ‘ahli Fabio’ terbaik.

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 8

Tapi selepas  Fabio meninggal dunia, Joo-hyung berdepan ancaman bunuh daripada Paolo, anak kandung Fabio. Untuk menyelamatkan diri, beliau melarikan diri ke Seoul, Korea Selatan untuk mendapatkan emas yang disembunyikan.

Membawa watak lelaki Itali, pastinya banyak babak-babak yang memaparkan latar belakang tempat di Itali, bukan? Akan tetapi tahukah anda, babak yang kononnya di Itali tersebut sebenarnya bukanlah di Itali?

Menggunakan teknologi Computer Graphic Images (CGI), babak-babak ini berjaya disunting dengan baik sekali sehingga terlihat real.

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 3

Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya CGI 2

Pujian turut perlu diberikan kepada para pelakon kerana mampu menghayati watak biarpun hanya dikelilingi dengan green screen.