Rakyat Malaysia Terlibat Filem Raya And The Last Dragon

Penuh Elemen Asia Tenggara, Ini 3 Rakyat Malaysia Yang Terlibat Dalam Filem ‘Raya And The Last Dragon’

3 Rakyat Malaysia Yang Terlibat Dalam Filem Disney ‘Raya And The Last Dragon’.

Sejak pawagam mula dibuka kepada orang ramai pada 5 Mac lalu, banyak filem yang ditunda kini sudah mula ditayangkan.

Salah satu filem yang menjadi tontonan ramai adalah filem yang dibawakan Walt Disney Animation Studios yang berinspirasikan Asia Tenggara buat pertama kalinya, Raya and The Last Dragon.

Bagi anda yang belum ketahuinya, filem Raya and The Last Dragon berkisar mengenai negara Kumandra yang sebelum ini bersatu, kini berpecah belah.

Raya, anak kepada Chief Benja yang juga ketua di daerah Fang kini bertanggungjawab untuk menyelamatkan keadaan selepas bapanya turut terkena sumpahan daripada makhluk jahat bernama Druun.

Raya perlu mencari naga terakhir bernama Sisu yang mampu meleraikan sumpahan Druun, sekali gus menyelamatkan Kumandra.

Raya bermaksud perayaan atau keraian dan itu yang cuba dipaparkan dalam filem animasi ini iaitu meraikan perbezaan dan penyatuan.

Bagi mereka yang sudah menonton filem Disney ini, pasti teruja melihat pelbagai elemen Asia Tenggara bermula dari segi pakaian, makanan, seni bina bahkan perbuatan yang menjadi ia sangat dengan kita.

Manakan tidak, beberapa individu dari Malaysia ini yang turut terlibat dalam menjayakan filem puteri Disney ini.

Adele Lim – Penulis skrip

Rakyat Malaysia Terlibat Filem Raya And The Last Dragon

Salah seorang barisan penulis skrip filem ini ialah Adele Lim, anak kelahiran Malaysia yang memulakan kariernya di Hollywood sejak 2009.

Adele Lim sebelum ini pernah mencipta nama sebagai penulis skrip bagi filem Crazy Rich Asian.

D’Lun Wong – Juru animasi

Rakyat Malaysia Terlibat Filem Raya And The Last Dragon

D’Lun Wong, merupakan anak kelahiran Sungai Siput yang kini berkelana di Amerika Syarikat ditugaskan sebagai crowd artist yang mengisi latar belakang setiap adegan dalam Raya and The Last Dragon.

Beliaulah yang bertanggungjawab meletakkan latar belakang beberapa lokasi atau elemen yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia seperti babak ‘pasar malam’.

Rakyat Malaysia Terlibat Filem Raya And The Last Dragon

“Saya bertanggungjawab untuk lokasi pasar malam, dan berusaha membuatnya semeriah mungkin sehingga penonton dapat merasa seperti berada di sana dan mendapat bau lazat semua makanan di situ.”

“Saya menghabiskan banyak masa untuk mengerjakan perinciannya.”, kata D’Lun Wong.

Yonnyboii – Penyanyi runut bunyi

Rakyat Malaysia Terlibat Filem Raya And The Last Dragon

Rata-rata ramai sudah mengenali penyanyi rap dan juga komposer, YonnyBoii dalam industri muzik tanah air.

YonnyBoii bersama dengan tiga penyanyi terkenal dari Filipina, Thailand dan Indonesia menulis satu rangkap dan berpadu suara dalam lagu berjudul Trust Again, lagu runut bunyi Raya and The Last Dragon.

Menurut Yonny, dia hanya menulis sekali sahaja tanpa sebarang perubahan dan pihak penerbit sudah menyukai lirik tersebut kemudia terus dirakam.

“Saya menggabungkan hidangan istimewa Malaysia seperti sate dan nasi lemak dalam baris pertama seperti yang diminta pihak Disney,” katanya.

Diharapkan Disney akan tampil lebih banyak lagi filem bertemakan Asia lebih-lebih lagi di sekitar Asia Tenggara ini.

Raya and The Last Dragon masih ditayangkan di pawagam Malaysia dan berada di kedudukan keempat dalam senarai paling banyak tontonan di GSC.

Sumber: Buzzkini