‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Tamat, Pengarah Dedah Terima Ugutan Bunuh Dari Penonton Taksub 2

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Tamat, Pengarah Dedah Terima Ugutan Bunuh Dari Penonton Taksub

Melabuhkan tirai malam tadi, episod akhir Aku Yang Kau Gelar Isteri terima reaksi berbeza dalam kalangan penonton.

BACA: ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga

Membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adi Putra, Sharifah Sakinah dan Nadia Brian, filem dengan memiliki unsur seram ini mengisahkan mengenai  Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam, namun Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian) dan keduanya berkahwin.

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga

Laila yang patah hati kemudiannya bertemu dengan Embun (Lana Nordin) yang mengamalkan ilmu hitam.

Pada awal perkahwinan, Raihani dan Eizlan bahagia tetapi kemunculan semula Laila ke kampung telah membawa seribu mistik dan dendam yang lama terpendam menyebabkan rumah tangga keduanya mula goyah.

Meneruskan aura ‘ketaksuban’ penonton, pengarah Aku Yang Kau Gelar Isteri, Suhaimi Luamendedahkan beliau beberapa kali menerima mesej berbaur ugutan bunuh daripada penonton yang taksub.

Babak seram ditapis

Dalam drama ini, amalan susuk menjadi salah satu fokus utama yang menambahkan elemen seram.

Namun disebabkan tidak sesuai untuk tontonan umum, Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah menapis beberapa babak antaranya babak memasukkan susuk ke dalam kemaluan Laila (lakonan Sharifah Sakinah).

Menurut Suhaimi, pemotongan babak-babak yang penting menyebabkan drama berkenaan kurang elemen seramnya.

Jika anda terlepas untuk menonton, bolehlah menonton ‘secara halal’ di platform penstriman dalam talian, iQIY.