
Individu Di Sebalik Watak Raksaksa Protein Dalam ‘Sweet Home’
Hujung tahun lalu, siri Netflix, Sweet Home menjadi trending dan sebutan di seluruh dunia. Memiliki genre yang sama dengan filem Train to Busan, siri Sweet Home berjaya membuatkan penonton tak senang duduk dengan plot cerita yang penuh debaran dalam setiap episod.
BACA: Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’
Mengisahkan mengenai pertembungan manusia dengan raksaksa yang merupakan manusia yang dijangkiti, siri pendek 10 episod ini bermula dengan watak Cha Hyun-soo (lakonan Song Kang) yang mengalami tekanan perasaan selepas menjadi mangsa buli.
Beliau berpindah ke sebuah apartmen baru iaitu Green Home selepas ibu, bapa dan adik perempuanya meninggal disebabkan kemalangan.
Secara tiba-tiba satu hari, negara Korea Selatan diserang satu virus yang menyebabkan manusia yang dijangkiti bertukar menjadi raksaksa. Dan Hyun-soo adalah salah seorang yang terjangkiti.
Namun, Hyun-soo berbeza kerana beliau tidak bertukar menjadi raksaksa seperti yang lain tetapi memiliki kehebatan luar biasa.
Dalam banyak-banyak raksaksa yang ada, pasti anda perasan dengan satu watak raksaksa yang dikenali sebagai steroid monster.
Memiliki tubuh badan yang sasa, tidak dapat dipastikan bagaimana bentuk rupa manusianya. Namun ramai yang percaya belia adalah seorang ahli bina badan melihatkan pada bentuk fizikalnya.
Untuk pengetahuan anda, individu di sebalik watak ini ialah Park Kwangjae, bekas pemain bola keranjang yang memiliki ketinggian setinggi dua meter dan berat 120kg.
Antara watak yang pernah dimainkan oleh Kwangjae:
https://www.instagram.com/p/CJP_wRDFSXA/
Banyak melakonkan watak-watak ‘lelaki bertubuh besar’, Kwangjae semakin dikenali selepas terlibat dalam satu rancangan televisyen Korea Selatan, Boss in the Mirror.
Trending now



