Suku Ini Makan Abu Mayat Bagi Memperingati Si Mati Selamanya 1

Suku Ini Percaya Makan Abu Mayat Boleh Ingat Si Mati Selamanya

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk memperingati orang yang mereka sayang, terutamanya selepas meninggal dunia.

Bagi suku Yanomami, mereka percaya makan abu mayat si mati membuatkan mereka boleh mengingati si mati sampai bila-bila.

Suku Ini Makan Abu Mayat Bagi Memperingati Si Mati Selamanya 2
Sumber; CNN

Mula ditemui pada 1759, suku Yanomami mendiami hutan Amazon yang terletak di sempadan antara Brazil dan Venezuela.

Mereka percaya, kematian bukanlah satu peristiwa semula jadi sebaliknya disebabkan oleh serangan daripada roh jahat atau pun serangan ghaib.

Jadi setiap kali berlakunya kematian, suku Yanomami akan menjalankan ritual khas. Mayat akan dibungkus menggunakan daun, dibawa jauh dari kawasan kediaman dan dibiarkan di sana antara 30 ke 45 hari untuk mereput.

Suku Ini Makan Abu Mayat Bagi Memperingati Si Mati Selamanya 3
Sumber: Fiona Watson

Selepas itu, tulang daripada mayat berkenaan akan dikutip, dibakar dan dimasukkan dalam sejenis sup yang dimasak sebelum dihidangkan kepada seluruh penduduk untuk dinikmati.

Ritual ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa roh si mati akan aman dan terus hidup bersama mereka secara spiritual selain daripada memberikan mereka kekuatan luar biasa.

Sumber:

  1. Guardian
  2. Frazer Consultants