25 Tahun Sebagai Wanita Rupanya Lelaki

25 Tahun Jalani Kehidupan Sebagai Wanita, Baru Sedar Dirinya Seorang Lelaki

Seorang wanita dari Timur China berusia 25 tahun mendapati dirinya adalah seorang lelaki.

Wanita yang hanya dikenali Pingping tidak pernah terdetik sekalipun dirinya bukan wanita sehingga dia mengunjungi sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan masalah buku lali.

Semasa kunjungan tersebut, doktor mengambil gambar sinar X buku lalinya yang terseliuh dan terkejut apabila mendapati rangka tulangnya gagal berkembang sejak remaja.

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, pihak hospital mendedahkan Pingping mempunyai kromosom Y sekali gus mendedahkan dirinya merupakan seorang lelaki dari segi biologi.

Hal ini mendorong doktor menanyakan Pingping beberapa soalan. Dia kemudian mengakui bahawa tidak pernah datang haid walaupun sudah berusia pertengahan 20-an, dan mengendahkan fakta itu kerana malu.

25 Tahun Sebagai Wanita Rupanya Lelaki

Pingping pernah dibawa ibunya ke hospital ketika remaja mengenai kedatangan haid, namun doktor menjelaskan alat kelaminnya lambat berkembang berbanding remaja lain.

“Setelah saya dewasa, saya mendapati masalah ini cukup memalukan. Jadi, saya tidak mengambil ini sebagai isu serius,” ujarnya.

Pihak hospital mendedahkan wanita itu sama sekali tidak menyedari keadaannya dan tidak berasa curiga ada sesuatu yang tidak kena mengenai sistem pembiakannya.

Menerusi pemeriksaan itu, turut didedahkan bahawa Pingping tidak mempunyai uterus atau ovari. Dia juga mempunyai alat kelamin wanita yang ‘belum matang’.

Doktor juga gagal mengesan testis tersembunyi di dalam tubuhnya dan mencadangkan bahawa terdapat kemungkinan testis terbabit telah ‘mengecut’.

Dia juga menderita penyakit darah tinggi dan gejala congenital adrenal hyperplasia iaitu penyakit yang berkaitan dengan gangguan perkembangan seksual. Ia disebabkan perkahwinan ibu bapanya yang berlaku sesama saudara mara.

Menurut statistik, nisbah kanak-kanak yang dilahirkan dengan alat kelamin atipikal antara 1: 1,500 hingga 1: 2,000, tetapi terdapat lebih banyak kes yang mana kelainan seperti itu kurang dapat dilihat dan hanya dapat dilihat di kemudian hari sekiranya tidak dikesan lebih awal.

Pingping juga dilaporkan sudah berkahwin pada tahun lalu tetapu gagal memperoleh cahaya mata. Dia telah dinasihati doktor untuk merujuk pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.

Sumber: MashableSEAsia