Lengkap Dengan Pawagam, Hotel Mewah Angkasa Ini Boleh Ditempah Dengan Harga 5

Lengkap Dengan Pawagam, Hotel Mewah Angkasa Ini Boleh Ditempah Dengan Harga Lebih RM20 Juta

Menjelang 2027, kita akan menghadapi satu lagi perkara ajaib yang dahulunya selalu ada dalam filem-filem fiksyen dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran ianya akan berjaya direalisasikan iaitu hotel mewah di angkasa.

BACA: NASA Bina Sistem Tandas Angkasa Lebih RM96 Juta Untuk Kegunaan Angkasawan Di Bulan

Pengumuman The Orbital Assembly Corporation beberapa hari lalu mengenai rancangan untuk mula membina hotel mewah ruang angkasa yang pertama nyata menyebabkan ramai yang teruja.

Lengkap Dengan Pawagam, Hotel Mewah Angkasa Ini Boleh Ditempah Dengan Harga 1

Menyediakan penginapan yang paling selesa, hotel Voyager Station ini bukan sekadar menawarkan servis kediaman tetapi juga hiburan seperti restoran, pawagam dan spa.

Lengkap Dengan Pawagam, Hotel Mewah Angkasa Ini Boleh Ditempah Dengan Harga 2

Daripada imej pertama yang dikeluarkan, hotel ini mempunyai rupa hampir seperti roda besi besar yang terapung dalam orbit dengan cincin luarnya dihubungkan dengan pusat struktur menerusi lif.

Lengkap Dengan Pawagam, Hotel Mewah Angkasa Ini Boleh Ditempah Dengan Harga 4

Mampu menempatkan sekitar 280 tetamu dan 112 kakitangan khas yang sudah pun menjalani latihan, pihak mereka mendakwa para pelancong yang berada di hotel mewah ini bukan sahaja boleh berjalan seperti biasa malah melakukan aktiviti seperti di bumi dengan adanya sistem graviti buatan.

Jika anda berminat untuk bercuti dalam satu percutian yang benar-benar mewah dan luar biasa, mungkin anda sudah boleh mula menabung dari sekarang.

Dengar kata kadar sewaannya untuk tiga hari dua malam boleh mencecah sehingg lebih RM20 juta.