Cara Guna Home Energy Calculator

Cara Guna Kalkulator Tenaga TNB Untuk Ketahui Penggunaan Elektrik Di Rumah

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi, antaranya disebabkan oleh penggunaan penyaman udara yang lebih kerap dan baru-baru ini pendedahan dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah penggunaan mesin penapis air.

TNB berkata, penggunaan tinggi elektrik berikutan taburan hujan yang agak rendah sejak Februari lalu, diikuti gelombang haba yang menyebabkan cuaca panas.

Mengulas lanjut, TNB memberitahu, penggunaan elektrik bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 18,035 megawatt (MW) pada 2 Mac 2021, berbanding 17,501MW pada Februari dan 16,585MW, Januari lalu.

Pastinya ketika ini kita seboleh-bolehnya mahu mengurangkan kos elektrik rumah. Mencuba pelbagai tip yang dikongsikan di media sosial mengenai cara menjimatkan elektrik di rumah.

Selain usaha-usaha tersebut, anda juga boleh membuat pengiraan penggunaan perkakas elektrik menggunakan kalkulator tenaga di rumah (Home Energy Calculator) menerusi laman web myTNB.

Menerusi kalkulator tenaga di rumah, anggaran pengiraan itu berdasarkan keadaan peralatan yang berfungsi dengan sempurna kerana kecekapan peralatan akan berkurangan jika semakin lama ia digunakan berikutan faktor usia.

Cara guna Home Energy Calculator (HEC)

Pertama, anda perlu layari laman web TNB atau log masuk ke hec.tnb.com.my. Terdapat dua jenis kalkulator yang boleh digunakan iaitu:

1. Kalkulator Penggunaan Tenaga (Energy Usage Calculator)

Anda boleh pilih jenis rumah, jumlah bilik, jenis perkakas elektrik yang digunakan dalam setiap bilik, untuk membuat anggaran kiraan penggunaan tenaga di rumah anda.

Cara Guna Home Energy Calculator
Sumber: TRP

Maklumat mengenai berapa watt yang digunakan oleh alat anda boleh didapati pada alat itu sendiri atau biasanya dinyatakan dalam manual penggunaan.

2. Kalkulator Perkakas Elektrik (Appliance Calculator)

Anda juga boleh membuat anggaran penggunaan elektrik untuk sesuatu perkakas elektrik yang digunakan di rumah, atau membuat perbandingan dengan perkakas elektrik yang baru.

Cara Guna Home Energy Calculator
Sumber: TRP

Menurut TNB, pengguna yang berhasrat untuk membeli peralatan elektrik baharu dinasihatkan untuk memilih perkakas elektrik berpandukan label Kecekapan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Peralatan berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang adalah lebih jimat tenaga.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengamalkan penggunaan elektrik yang efisien dan lebih cekap dengan tip-tip berikut:

Cara Guna Home Energy Calculator