Walaupun sedekad telah berlalu, seorang suami masih menaruh harapan agar menemui jasad isterinya yang hilang dalam tsunami yang membadai Jepun pada 2011.
Yasuo Takamatsu, 64 tahun, kehilangan isterinya Yuko, apabila gempa bumi Tohoku sekuat 9.0 Richter melanda Jepun sekali gus mencetuskan tsunami pada 11 Mac 2011.
Ombak setinggi lebih daripada 15 meter membadai pelabuhan Onagawa, yang terletak di wilayah Miyagi menyebabkan 827 kematian iaitu hampir 10 peratus penduduk bandar tersebut. Manakala 70 peratus bangunan di situ musnah akibat bencana yang berlaku.
Awalnya, Takamatsu mulakan pencarian di daratan sekitar tempat isterinya diduga hilang dibadai tsunami.
Pencarian berlanjutan hingga ke gunung dan wilayah sekitarnya. Disebabkan jasad isterinya belum juga ditemui oleh pasukan penyelamat, dia memutuskan untuk melakukan pencarian secari peribadi sejak September 2013 hingga kini.
Bagi memaksimumkan pencariannya, Takamatsu mendapatkan lesen menyelam untuk mencari isterinya, yang masih hilang. Selama tujuh tahun, Takamatsu akan menyelam setiap minggu demi mencari jasad Yuko.
Saya akan menyelam seperti saya akan bertemu dengannya di satu tempat,” katanya yang sudah pun menyelam sebanyak 470 kali sejauh ini.
“Saya sering berfikir bahawa dia mungkin berada di kawasan berhampiran.”
Selain daripada usaha menyelam bersendirian itu, Takamatsu juga menyertai pihak berkuasa tempatan dalam usaha pencarian mencari mayat kira-kira 2,500 penduduk yang belum lagi ditemui 10 tahun kemudian.
Sejauh ini, Takamatsu menemui album, pakaian dan kereta, televisyen ketika menyelam, namun bukan milik isterinya.
Menurutnya, beliau akan terus mencari, selagi hayat dikandung badan.
“Dalam kiriman mesej terakhir yang dihantar kepada saya, beliau berkata: ‘Awak OK? Saya mahu pulang ke rumah,” katanya.
“Jadi, saya pasti bahawa beliau masih mahu pulang ke rumah.”
Ramai penghuni Onagawa berpindah untuk menjalani kehidupan baharu selain melupakan peristiwa gelap itu.
Bagi Takamatsu, dia tetap tinggal di situ, melakukan aktiviti menyelam mencari sisa-sisa yang tinggal dan dalam masa yang sama, dia juga menghargai aturan alam.
Sumber: Republic World
Siapa kata cinta abadi itu tidak wujud? Kisah lelaki ini juga berulang kali tular sehingga namanya diabadi di suatu kawasan.
BACA: ‘Cinta Sejati Itu Wujud’ – Kisah Lelaki Setia Menanti Kekasihnya Sejak 1970 Hingga Akhir Hayat