Kedai Pinggan Mangkuk Viral

3 Kedai Perkakas Dapur Viral Yang Pasti Buat Anda Rambang Mata

Kedai Perkakas Dapur Viral Yang Pasti Buat Anda Rambang Mata!

Dapur merupakan ruangan yang wajib ada di setiap rumah kerana dapur mempunyai fungsi sebagai tempat atau ruangan untuk memasak dan menyediakan hidangan.

Ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun adalah menjadi idaman setiap orang, tidak kiralah bagi mereka yang bujang mahupun berkeluarga.

Suasana dapur akan lebih tampak ceria dan sedap mata memandang apabila memilih dekorasi dan penggunaan perkakasan dapur yang lebih moden.

Antara perkakas dapur yang sentiasa menjadi rambang mata terutama bagi kaum wanita ialah pinggan mangkuk dan peralatan memasak.

Tidak dinafikan pelbagai jenis perkakas dapur di luar sana yang berjaya menarik perhatian wanita. Dari harga yang murah sehinggalah mencecah ribuan ringgit, kalau sudah tertarik pasti akan mereka dapatkannya.

Di sini kami senaraikan beberapa kedai perkakas dapur viral yang pasti membuatkan anda menjadi rambang mata!

1. Stongeage by Good2U

Lebih 3,000 jenis perkakas makan berkualiti tinggi dijual bermula pada harga RM3! Sama ada cawan, balang, pinggan, gelas, teko, piring, semuanya ada pelbagai pilihan.

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Cawangan:

  • Mid Valley Megamall, KL
  • IPC Shopping Centre, PJ
  • Utropolis Marketplace, Glenmarie
  • Damen Mall, USJ
  • Paradigm Mall, JB
  • Toppen, JB

Laman internet: Facebook, Instagram

2. N.A.E Kitchenette

Kedai ini pernah ‘viral’ beberapa kali atas kepopularan pinggan mangkuk bercorak. Pinggan mangkuk bercorak pernah menjadi satu kegilaan bagi kaum wanita malahan juga kaum lelaki suatu ketika dahulu, tetapi kembali tular dengan harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Cawangan:

  • Sunway Putra Mall
  • The Weld
  • Bangsar Village 1 (bersebelahan Sky Bridge)
  • AEON Shah Alam
  • Subang Parade

Bagi mereka yang mahu membeli secara dalam talian, boleh ke pautan Facebook dan Instagram N.A.E Kitchenette.

3. Jack Creatus Furniture Co

Jika anda lebih gemarkan perkakasa dapur berasaskan kayu jati, inilah kedai yang memang sesuai untuk anda kunjungi. Dari dulang, pinggan, mangkuk dan sudu semuanya diperbuat daripada kayu jati!

Kayu jati adalah campuran kayu coklat kekuningan yang sangat kuat. Jadi, ia memang tahan daripada serangan serangga dan kualiti juga memang terjamin.

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Kedai Pinggan Mangkuk Viral

Cawangan:

Jack Creatus Furniture Co, No.23, 1, Jalan Equine 10F, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Pautan: Facebook

4. Sentai

Ada sebuah kedai lagi yang mungkin bakal viral. Lihat gambar sahaja memang semuanya nampak cantik dan classy!

Cawangan:

  • Sentai Ampang
  • Sentai Petaling Jaya
  • Sentai Taman Majidee, Johor

Pautan: Facebook

Selamat mencuci mata!

BACA: Jenis-Jenis ‘Organizer’ Yang Patut Beli Untuk Susun Atur Peti Ais Agar Sentiasa Nampak Kemas