5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton 5

Terkenal Dengan Watak Komedi, Ini 5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton

Terkenal dengan imej komedi, Sunny Suwanmethanont merupakan salah seorang pelakon lelaki Thailand yang bukan sahaja terkenal  di Thailand tetapi juga di negara lain termasuklah Malaysia.

Banyak berlakon dalam filem genre romantik komedi, ini senarai lima filem lakonan Sunny yang berbaloi untuk anda tonton:

1. Dear Dakanda (2005) 

Membawa watak Khaiyoi, seorang pelajar seni yang pemalu, Khaiyoi mula jatuh hati pada teman sekelasnya, Dakanda tetapi tidak mampu meluahkan perasaannya.

5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton 1
Dear Dakanda (2004)

Selepas tamat belajar, Khaiyoi berpindah dan di tempat baharunya, beliau bertemu dengan seorang jururawat, Nui yang mula menyukainya.

Dalam filem ini, anda akan lihat bagaimana situasinya jika anda jatuh hati pada kawan baik sendiri.

2. I’m Fine… Thank You.. Love You (2014)

Ramai yang mula mengenali Sunny menerusi filem ini. Ditambah pula dengan runut bunyi yang catchy, filem ini mendapat liputan meluas di peringkat global termasuklah Malaysia yang memanggilnya sebagai lagu ‘Ciketum’.

Bergandingan bersama Preechaya Pongthananikorn, filem ini mengisahkan mengenai seorang wanita Jepun, Kaya yang berpisah dengan kekasihnya, Jim (lakonan Sunny) hanya kerana beliau tidak andai berbahasa Inggeris dan Kaya tidak mampu bertutur dalam bahasa Thailand.

5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton 2
I’m Fine… Thank You… Love You (2014)

Nekad mahu menawan semula hati Kaya, Jim sanggup mengupah seorang tutor bagi mempelajari bahasa Inggeris, Pleng. Bermula daripada tutor-pelajar, keduanya mula jatuh hati dalam situasi yang unik.

3. Heart Attack (2015)

Bagi sesetengah individu, plot filem Heart Attack agak perlahan jika dibandingkan dengan dua filem di atas.

Membawa watak Yoon, 30 tahun yang bekerja sebagai pereka grafik bebas yang terperangkap dalam dunia kerjayanya – tanpa mempedulikan kehidupan sosialnya.

5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton 3
Heart Attack (2015)

Lima hari berturut bekerja tanpa tidur, Yoon mula mengalami gatal-gatal pada kulit dan menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar.

Di sana Yoon berkenalan dengan seorang doktor junior yang berdedikasi, Imm (lakonan Davika Hoorne).

4. Brother of The Year (2018)

Membawa watak Chut, seorang abang yang sangat menjengkelkan, Sunny berjaya menyinar dengan memberikan lakonan naturalnya.

5 Filem Sunny Suwanmethanont Yang Berbaloi Untuk Anda Tonton 4
Brother of the Year (2018).

Turut menampilkan anggota kumpulan K-pop 2PM, Nichkun, filem gandingan bersama Urassaya Sperbund ini memang menghiburkan terutamanya buat mereka yang mempunyai abang.

5. Happy Old Year (2019)

Memegang watak Aim, bekas teman lelaki Jean, filem ini mengajar anda untuk melepaskan sesuatu dan seseorang.

Ulasan Filem Happy Old Year 1
Happy Old Year (2019)

Anda boleh baca ulasan kami di: Ulasan Filem: Happy Old Year

Biarpun memegang watak utama, tetapi penampilan Sunny tidaklah terlampau lama kerana fokus lebih tertumpu kepada watak Jean (lakonan Chutimon Chuengcharoensukying).

Namun, ianya tetap memberikan kesan kepada penonton dengan dialog-dialog yang dituturkannya.

Selain daripada lima di atas, apa lagi filem lakonan Sunny yang anda minat?