Manusia Pernah Pupus Sebab Malas

Manusia Zaman Dahulu Pernah Hampir Pupus Disebabkan Sifat Ini

Manusia Zaman Dahulu Pernah Hampir Pupus Disebabkan Sifat Ini

Sebelum ini, kita dihidangkan dengan fakta-fakta haiwan yang sudah pupus seperti burung Dodo, gajah Mammoth, harimau Tasmania dan lain-lain lagi.

Disebabkan masalah kepupusan, kita hanya dapat melihat rupa bentuk haiwan-haiwan ini dalam buku sahaja.

BACA: Lihat Apa Yang Akan Berlaku Pada Dunia Jika Matahari Mati

Namun, tahukah anda bahawa manusia juga pernah diambang kepupusan?

Menurut kajian arkeologi daripada Australian National University (ANU), manusia pernah hampir pupus disebabkan satu sifat ini iaitu sifat pemalas.

Terdapat spesies Homo erectus, dikatakan hidup sebelum spesies Homo sapiens, telah pupus atas sebab persekitaran dan juga disebabkan sifat pemalas.

Penemuan tapak kajian di daerah Arab ini dikatakan tidak menemui sebarang alat memburu dan juga sebarang alatan lain, seperti ditapak arkeologi yang lain.

Manusia Pernah Pupus Sebab Malas

Selain itu, manusia pada zaman tersebut juga gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza serta perubahan cuaca.

Ini menjadi contoh yang menunjukkan kemalasan mereka untuk bergerak mencari sumber makanan walaupun untuk diri mereka sendiri.

Mereka bahkan tidak berusaha untuk pindah ke kawasan lain untuk mencari peluang persekitaran yang lebih baik.

Manusia Pernah Pupus Sebab Malas

Ringkasnya, ketidakmampuan mereka untuk berubah atau menjadi fleksibel terhadap perubahan keperluan menyebabkan kematian seluruh penduduk.

Berbanding dengan spesies Homo sapiens, terdapat banyak bukti-bukti masyarakat zaman itu bergerak ke kawasan yang sukar untuk mengumpulkan batu yang lebih berkualiti sebagai alatan memburu dan juga mencari sumber rezeki.

Sumber: Interesting Engineering