2

‘Master’: Filem Aksi Lakonan Hero Tamil Popular Vijay Kini Di Pawagam

Master merupakan filem Tamil keluaran 2021 yang menampilkan pelakon Tamil popular, Vijay.

Diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj, filem Master mencuri perhatian ramai termasuklah peminat filem Tamil di Malaysia kerana menampilkan Vijay.

Mengisahkan mengenai Bhavani, seorang remaja yang dipersalahkan atas kematian keluarganya yang sebenarnya merupakan perbuatan khianat pesaing ayahnya.

Master

Ditempatkan di pusat tahanan remaja, Bhavani melalui tempoh yang amat menyeksakan – dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan beliau menjadi seorang yang kejam.

Bertahun di pusat tahanan tersebut, Bhavani melarikan diri dan menubuhkan empayarnya sendiri bagi membalas dendam kepada mereka yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya.

Mendapat kutipan pecah panggung antara 250 hingga 300 juta Rupee, filem dengan kos 135 juta Rupee ini sudah pun memasuki pawagam Malaysia yang baru sahaja dibenarkan beroperasi selepas ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Babak Lejen Tak Masuk Akal Dalam Filem/Drama Tamil Yang Sering Digunakan Sebagai ‘Meme’