Dahulu Ada Pekerjaan Bersembang Dengan Raja Semasa Baginda Melepaskan Hajat 4

Berbual Dengan Raja Semasa Baginda Melepaskan Hajat, Antara Karier Paling Berprestij Pada Zaman Pertengahan

Percaya atau tidak, pada zaman dahulu, adanya pekerjaan yang mana tugasnya adalah bersembang dengan raja semasa baginda melepaskan hajat? Inilah karier paling berprestij pada zaman itu.

Zaman Pertengahan merupakan zaman perubahan besar sama ada dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah.

Sebagai contoh tandas.

Pada masa tersebut, sikap-sikap orang awam dalam menjaga kebersihan adalah berbeza. Melepaskan hajat di tepi jalan adalah sesuatu yang normal. Malah ada juga yang membuang sisa najis mereka dari dalam periuk ke luar tingkap sehingga terkena kepada orang yang lalu lalang.

Karier Paling Berprestij

Namun ini semua dilakukan oleh orang biasa. Bagaimana pula dengan mereka yang bergelar bangsawan dan berketurunan raja?

Untuk pengetahuan anda, pada awal abad pertengahan, tandas sama sekali tidak disediakan dalam perancangan pembinaan istana. Jadi orang bangsawan juga akan melepaskan hajat di mana-mana sahaja.

Tapi ada satu masalah yang timbul iaitu bau busuk. Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka membina satu ruangan khas yang khusus untuk melepaskan hajat. Kebiasaannya di almari pakaian.

Karier Paling Berprestij
Salah satu pemandangan tandas golongan bangsawan.

Yang menariknya, semasa Raja melepaskan hajat, akan ada seseorang yang ditugaskan untuk bersembang dengan baginda. Biarpun anda merasakan ianya bukanlah satu tugas yang penting, pada masa itu ianya adalah satu pekerjaan yang menjadi rebutan ramai orang namun ianya cuma dibuka kepada anak-anak golongan bangsawan dan atasan sahaja.

Karier Paling Berprestij

Raja akan duduk di atas tandas berupa kerusi yang diperbuat daripada kain baldu hitam, dilapik dengan kain sutera sambil ditemani penemannya yang digelar sebagai ‘Groom of Stool’ atau pun penjaga tandas.

Karier Paling Berprestij

Pada ketika momen ini berlangsung, Raja akan meminta nasihat daripada penjaga tandas termasuklah dalam hal-hal berkaiitan peribadi.

Bukan itu sahaja, mereka ini juga ditugaskan untuk menilik najis Raja bagi mengetahui adakah diet yang diamalkan Raja seiring dengan ketetapan yang ditetapkan tabib diraja.

Sekiranya ada keraguan atau apa-apa masalah, penjaga tandas akan bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak yang berkenaan. Malah mereka juga ditugaskan supaya barangan yang berada dalam kawasan tandas diraja dijaga rapi supaya ianya tidak hilang dicuri.

Akan tetapi, tidak diketahui sama ada penjaga tandas ini turut ditugaskan untuk mencuci anggota badan Raja selepas baginda selesai melepaskan hajat atau tidak.

Bagaimana pula dengan jenis karier paling berprestij pada zaman kini. Jika anda ada maklumatnya, boleh kongsikan kepada kami.

BACA: Kisah Lelaki Yang Berjaya Jadikan Kentut Sebagai Kerjaya

Sumber:

  1. AtlasObscura
  2. Moustapha Abbas
  3. Wikipedia