‘The Girl On The Train’ Versi Hollywood Ini Berjaya Buat Penonton Rasa Diperbodohkan 2

‘The Girl On The Train’ Versi Hollywood Ini Berjaya Buat Penonton Rasa Diperbodohkan?

The Girl on the Train merupakan sebuah filem thriller misteri India yang dibuat berdasarkan novel dengan tajuk yang sama tulisan Paula Hawkins pada tahun 2015.

BACA: Plot Siri Thriller Thailand ‘Sleepless Society’ Curi Perhatian

Dilakonkan oleh Parineeti Chopra, filem yang pernah dihasilkan industri filem Amerika Syarikat dengan tajuk yang sama lakonan Emily Blunt pada tahun 2016 mengisahkan mengenai seorang wanita yang sedang cuba untuk merawat ketagihan alkoholnya yang sering menaiki kereta api tanpa tujuan yang terlibat dalam satu siasatan pembunuhan.

‘The Girl On The Train’ Versi Hollywood Ini Berjaya Buat Penonton Rasa Diperbodohkan 1
Emily Blunt dalam The Girl on the Train (2016)

Filem arahan Ribhu Dasgupta ini dilabel sebagai filem ‘bodoh yang memperbodohkan penonton’ kerana dikatakan meniru filem arahan Tate Taylor dan hanya menukar pada bahasa sahaja sehingga diberikan rating sebanyak 9% sahaja oleh Rotten Tomatoes.

‘The Girl On The Train’ Versi Hollywood Ini Berjaya Buat Penonton Rasa Diperbodohkan 3
Preenathi Chopra dalam The Girl on the Train (2021).

Jika anda pernah menonton filem lakonan Emily Blunt, apa kata anda tonton pula versi Hindi ini di Netflix dan kongsikan kepada kami sama ada ianya benar atau pun tidak.