Budaya ‘Honour Killing’ Di India, Maruah Keluarga Lebih Penting Daripada Nyawa 3

Budaya ‘Honour Killing’ Di India, Maruah Keluarga Lebih Penting Daripada Nyawa

Di India, ada satu budaya yang dipanggil sebagai honour killing atau pun dipanggil sebagai pembunuhan kehormatan dan pembunuhan rasa malu.

BACA: Masyarakat Di India Masih Amalkan Tanam Anak Perempuan Hidup-Hidup

Ia merupakan satu jenayah yang mana ahli keluarga yang dipercayai telah membawa malu atau penghinaan kepada keluarga akan dibunuh.

Meskipun ianya adalah satu jenayah daripada segi undang-undang, namun ada setengah masyarakat setempat yang masih mengamalkannya kerana percaya maruah keluarga adalah lebih penting daripada nyawa.

Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari 1
Sumber: VOX

Antara perbuatan yang dianggap telah mencemarkan maruah keluarga ialah perceraian, menolak untuk berkahwin sama ada dirancang, kahwin bawah umur atau pun terpaksa, menjalinkan hubungan intim sebelum kahwin, bahkan ada antaranya yang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual turut dibunuh.

Namun jenayah ini sukar dikenal pasti kerana kebanyakan datanya tidak dikumpul secara sistematik – antara sebabnya adalah keluarga atau masyarakat setempat berkeras mengatakan ianya adalah perbuatan bunuh diri, kemalangan dan sebagainya.

 

Budaya ‘Honour Killing’ Di India, Maruah Keluarga Lebih Penting Daripada Nyawa 1

Dalam satu kes terbaharu yang dilaporkan media, di kawasan utara India seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas memenggal kepala anaknya dan membawanya ke balai polis sebelum mengakui jenayahnya.

Lelaki tersebut memberitahu polis bahawa dia menyerang anak perempuannya yang berusia 17 tahun menggunakan kapak disebabkan berang dengan hubungan anaknya bersama seorang lelaki.

Budaya ‘Honour Killing’ Di India, Maruah Keluarga Lebih Penting Daripada Nyawa 2

Beberapa keping gambar dan video yang dikongsikan di media sosial mengenai kejadian tersebut menjadi tular memanggil kumpulan hak asasi manusia untuk membina satu undang-undang khas bagi menyelamatkan mangsa yang berpotensi menjadi korban budaya ini dan meningkatkan lagi penyiasatan polis.

Budaya pembunuhan kehormat ini sering dilaporkan di kawasan Timur Tengah dan Asia Selatan dan kebanyakannya melibatkan perempuan berbanding lelaki.