Filem ‘Lion’ Penuh Babak Air Mata Buat Penonton Terkesan 7

Hampir Jadi Mangsa Sindiket, Tragedi Sesat Saroo Diadaptasi Dalam ‘Lion’ Buat Penonton Terkesan

Lion merupakan sebuah filem drama biografi Australia 2016 yang diarahkan oleh Garth Davis yang mencapai kutipan pecah panggung $140.3 juta, lebih 10 kali ganda daripada jumlah kosnya, $12 juta.

Saroo yang sebenar dan merupakan penulis buku A Long Way Home.

Mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Saroo yang tinggal bersama abangnya Guddu, ibunya dan seorang adik perempuannya di India pada latar belakang tahun 1986.

Disebabkan kemiskinan yang melanda, Saroo dan Guddu terpaksa mencuri arang dari kereta api untuk dijual bagi mendapatkan makanan. Bagi mengelakkan Saroo hilang dan sesat, keduanya akan sentiasa bersama.

Filem ‘Lion’ Penuh Babak Air Mata Buat Penonton Terkesan 6

Namun pada satu malam, Saroo mendesak untuk menyertai Guddu bekerja malam. Pada awalnya, Guddu enggan namun disebabkan terlampau didesak, Saroo akhirnya dibenarkan ikut.

Semasa menunggu Guddu, Saroo tertidur. Namun apabila bangun, Saroo menyedari Guddu sudah tiada dan cuba mencarinya namun gagal.

Terperangkap dalam kereta api yang bergerak, Saroo akhirnya tiba di Kolkata yang mana bahasa penduduk tempatannya tidak difahaminya langsung.

Dipendekkan cerita, Saroo terpaksa merempat di jalanan dan melalui pelbagai kesulitan termasuklah hampir diculik untuk diperdagangkan sebelum bertemu dengan keluarga angkat dari Australia yang sanggup menjaganya seperti anak sendiri.

20 tahun kemudian, Saroo menyambung pengajian dalam bidang pengurusan hotel.

Filem ‘Lion’ Penuh Babak Air Mata Buat Penonton Terkesan 3

Tidak menyembunyikan asal usul dirinya, ada yang mencadangkan agar Saroo mencari keluarga asalnya dengan menggunakan aplikasi Google Earth.

Wajah ibunya yang tak pernah luput dari ingatan membakar semangat Saroo untuk mencari semula keluarganya.

Filem ‘Lion’ Penuh Babak Air Mata Buat Penonton Terkesan 4

Untuk tahu apa yang berlaku seterusnya, anda kena tonton sendiri filem ini di Netflix.

Yang penting, sediakan tisu awal-awal kerana biarpun filem ini boleh dikatakan agak kurang dialognya, namun kesan penyampaiannya pada penonton memang sangat mendalam.

Diadaptasi daripada kisah benar yang ditulis sendiri oleh Saroo, A Long Way Home apa kata anda tonton dahulu trailer filem Lion lakonan Dev Patel, Sunny Pawar, Nicole Kidman, Rooney Mara dan David Wenham di pautan bawah:

BACA: Cubaan 23 Personaliti Dominasi Satu Badan, Filem ‘Split’ Penuh Suspen