Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an 5

Filem Seram Melayu Yang Pernah Menghantui Hidup Kanak-Kanak 90-an

Tidak semua orang meminati filem atau drama yang bergenre seram, termasuklah kanak-kanak.

Antara yang menjadikan filem seram menakuktkan ialah elemen jump scare yang ada, ditambah pula dengan visualnya yang kelam seiring dengan elemen muzik yang mendebarkan.

BACA: 5 Filem Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Anda Tak Senang Duduk

Di sini kami senaraikan beberapa filem seram yang sering menghantui kanak-kanak zaman 90-an.

1. Pontianak Harum Sundal Malam (2004/2005)

Biarpun sudah hampir 17 tahun ditayangkan filem Pontianak Harum Sundal Malam ini masih ditonton sehingga kini.

Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an 1

Mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kutipan tiket sebanyak RM3.2 juta, kisah Pontianak Harum Sundal Malam lakonan hebat Maya Karin, Azri Iskandar dan Rosyam Nor ini disambung dalam Pontianak Harum Sundal Malam II.

2. Blok 404 (2004)

Blok 404 pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2004 dengan tagline popularnya “Jangan cuba bernafas”.

Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an 2

Menampilkan Zamarul Hisham, Nabila Huda, Boy Iman dan Raja Azrey sebagai barisan utamanya, filem ini kemudiannya dibikin semula pada tahun 2018 namun agak kurang menjadi dengan kutipan tiket cuma RM220,000 berbanding jumlah perbelanjaannya sebanyak RM700,000.

 

3. Jangan Pandang Belakang (2007)

Filem Jangan Pandang Belakang merupakan salah satu filem seram yang berkualiti di saat Malaysia dibanjiri dengan filem seram yang kurang berkualiti.

Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an 3

Lakonan Pierre Andre dan Intan Ladyana tidak dapat dinafikan kualitinya, namun yang paling perlu diberi pujian ialah watak lakonan pelakon lejen, Ruminah Sidek.

4. Susuk (2008)

Lakonan Ida Nerina dalam filem Susuk memang sangat memberi kesan kepada penonton. Filem yang mengisahkan mengenai amalan susuk bagi menaikkan seri wajah ini berjaya meraih RM1.2 juta dalam lima hari tempoh tayangan sahaja.

Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an

5. Histeria (2008)

Filem arahan pembikin filem indie, james Lee yang ditayangkan pada akhir tahun 2008 ini sangat memberi kesan kepada penonton dengan mengetengahkan kejadian histeria di sekolah.

Filem Seram Melayu Yang Menghantui Kanak-Kanak 90-an 4

Menampilkan Liyana Jasmay, Scha Alyahya sebagai beberapa pelakon utamanya, filem ini tidak dinafikan mempunyai pengaruh yang besar terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain daripada lima filem di atas, filem seram Melayu apa yang pernah menghantui zaman kanak-kanak anda?