Manuskrip Misteri Yang Gagal Diterjemah Ini Didakwa Diplagiat Daripada Satu Tulisan Dari Zaman Sama 3

Manuskrip Misteri Abad Ke-15 Yang Gagal Diterjemah Ini Katanya Ditulis Makhluk Asing

Ditemui pada 1912, manuskrip Voynich menimbulkan rasa misteri selepas tulisan yang terkandung di dalamnya tidak dapat dapat ditafsirkan.

BACA: Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing

Dipercayai berasal antara 1438 hingga 1404, manuskrip yang dipenuhi ilustrasi dan gambaran penuh ini menjadi teka teki kerana seolah-olah menggambarkan sesuatu daripada tumbuhan aneh sehinggalah kepada ilustrasi wanita dengan perut buncit sedang mandi dalam sebuah kolam hijau.

Manuskrip Misteri Yang Gagal Diterjemah Ini Didakwa Diplagiat Daripada Satu Tulisan Dari Zaman Sama 4

Dinamakan sebagai Wilfrid Voynich bersempena dengan nama seorang penjual buku warga Poland yang membeli buku ini, bagaimanapun pengarang asal buku ini masih tidak diketahui sehinggakan ada yang berspekulasi ianya ditulis makhluk asing.

Penemuan yang membingungkan para sarjana dan pemecah rekod ini akhirnya berjaya ‘dijawab’ selepas 105 tahun daripada ia ditemui dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Manuskrip Misteri Yang Gagal Diterjemah Ini Didakwa Diplagiat Daripada Satu Tulisan Dari Zaman Sama 1

Kenapa ‘dijawab’? Ini kerana ianya masih tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Pada bulan September 2017, seorang penulis televisyen dan pengkaji sejarah, Nicholas Gibbs mendedahkan bahawa beliau menemui jawapan kepada tulisan tersebut termasuklah tanda-tanda yang mana format Bahasa Latin telah disingkatkan.

Manuskrip Misteri Yang Gagal Diterjemah Ini Didakwa Diplagiat Daripada Satu Tulisan Dari Zaman Sama 5

Menurut Gibbs, manuskrip tersebut adalah mengenai panduan kesihatan wanita dan telah diplagiat daripada tulisan lain yang serupa dalam tempoh yang sama.

Dalam erti kata ringkas, manuskrip Voynich tidak diterjemahkan daripada bahasa kepada bentuk kod, sebaliknya telah diringkaskan.

Manuskrip Misteri Yang Gagal Diterjemah Ini Didakwa Diplagiat Daripada Satu Tulisan Dari Zaman Sama 2

Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, ramai yang menganggap Gibbs sebagai seorang yang tidak waras.

Jika anda teringin melihat sendiri manuskrip ini, bolehlah melawat Perpustakaan Manuskrip dan Buku-Buku Rare di Universiti Yale.

Sumber:

  1. Popular Mechanics
  2. Voynich Manuscript
  3. Ars Technica