Amber Heard Dipecat Aquaman 2

Gemuk Punca Amber Heard Dipecat Dari Aquaman 2?

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Amber Heard dipecat dari penggambaran filem sekuel komik DC, Aquaman 2.

Sumber memberitahu portal hiburan Australia, Sausage Roll menyatakan Heard digugurkan dalam penggambaran itu kerana gagal melepasi ujian kecergasan seperti yang ditetapkan pihak produksi.

Dikhabarkan keadaan fizikal Heard yang berada di tahap kurang memuaskan dan berat badan bertambah menjadi punca utama dia disingkirkan.

“Dia telah melanggar satu klausa kontrak bagi watak Mera yang menuntut pelakon berada dalam keadaan cergas dan berstamina kerana perlu melakukan banyak aksi lagak ngeri,” kata sumber itu.

Amber Heard Dipecat Aquaman 2

Lantaran itu, nama Emilia Clarke, pelakon Games of Throne kembali disebut-sebut sebagai pengganti Amber Heard untuk melakonkan watak Puteri Mera.

Amber Heard Dipecat Aquaman 2

BACA: Amber Heard Mungkin Dipenjarakan, Pengganti Watak ‘Mera’ Jadi Persoalan

Sejak awal tahun lalu, peminat bekas suami Heard iaitu Johny Depp membuat petisyen agar aktres ini digugurkan daripada karakternya dalam Aquaman 2 namun menurut Heard pada ketika itu, ia tidak mengubah apa-apa dan dia teruja untuk memulakan penggambaran yang sepatutnya bermula pertengahan tahun ini.

BACA: Berang Johnny Depp Lewat Ke Majlis Hari Lahir Punca Amber Heard ‘Lepas Hajat’ Atas Katil

Petisyen menyingkirkan Heard daripada Aquaman 2 dilaporkan sudah berjaya mengumpul tandatangan sebanyak 2 juta orang.

Namun benarkah Amber Heard dipecat?

Walaupun terdapat khabar angin yang meluas mengenai Amber Heard dipecat dari Aquaman 2, laporan terbaharu menunjukkan bahawa pelakon itu tetap menjadi sebahagian dari sekuel berkenaan sebagai Puteri Mera.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh penulisnya kepada Hollywood Reporter bahawa khabar berkenaan tidak tepat.

Aquaman 2 dijangka bakal ditayangkan pada 16 Disember 2022.

Sumber: CBR