Tonton Aksi Raksaksa Jeli Comel Tapi Berbahaya Dalam ‘The School Nurse Files’ 2

Tonton Aksi Raksaksa Jeli Comel Tapi Berbahaya Dalam ‘The School Nurse Files’

Sudah tamat ditayangkan pada akhir September lalu, siri televisyen The School Nurse Files lakonan Jung Yu-mi dan Nam Joo-hyuk menarik perhatian ramai.

BACA: ‘L.U.C.A.: The Beginning’Penuh Aksi, Gandingan Mantap Kim Rae-Won dan Lee Da-Hee

Mengisahkan mengenai Eun-young seorang jururawat yang memiliki kuasa untuk melihat nafsu, perasaan dan semangat manusia dalam bentuk jeli, ada sesetengahnya yang membahayakan orang sekeliling.

Dipindahkan ke sebuah sekolah menengah yang seringkali berlaku perkara misteri, Eun-young bertemu dengan Han In-pyo seorang guru yang memiliki kuasa istimewa yang boleh melindungi beliau daripada menjadi mangsa raksaksa jeli.

Tonton Aksi Raksaksa Jeli Comel Tapi Berbahaya Dalam ‘The School Nurse Files’ 1

Berganding bahu menyelesaikan kes misteri yang berlaku, siri dengan enam episod ini membawa genre komedi, fantasi dan adiwira sesuai ditonton seua lapisan masyarakat.