23 Personaliti Berlawan Untuk Dominasi Badan, Filem ‘Split’ Penuh Suspen 3

Cubaan 23 Personaliti Dominasi Satu Badan, Filem ‘Split’ Penuh Suspen

Bawa tema sakit mental, filem seram thriller psikologi Amerika Syarikat ini memang penuh dengan sorotan babak-babak suspen.

BACA: ‘MA’: Sebuah Filem Seram Psikologi

Mengisahkan mengenai tiga orang remaja perempuan – Casey Cooke, Claire Benoit dan Maria yang diculik seorang pesakit dengan 23 personaliti berbeza, iaitu Kevin, ketiganya cuba melarikan diri sebelum personaliti keempat yang lebih kejam dan kuat menawan badan Kevin.

23 Personaliti Berlawan Untuk Dominasi Badan, Filem ‘Split’ Penuh Suspen 1

Kevin merupakan seorang lelaki yang menjalani terapi bersama Dr Karen Fleter yang menemukan 23 personaliti dalam diri Kevin akibat daripada penderaan yang dilalui semasa zaman Kevin kanak-kanak.

Personaliti yang paling dominan antara 23 personaliti yang ditemui (sebelum personaliti ke-24 muncul) adalah Barry yang mana Barry boleh mengawal personaliti mana yang boleh mengambil alih badan Kevin.

Penculikan tiga orang remaja berkenaan berlaku semasa personaliti Dennis mengambil alih badan Kevin. Namun Barry seboleh mungkin tidak mahu personaliti Dennis atau Patricia mengambil alih badan Kevin kerana Dennis berupaya untuk mencederakan ketiga-tiga remaja berkenaan manakala Patricia pula sering percaya ada satu makhluk yang dipanggil ‘The Beast’ itu wujud.

23 Personaliti Berlawan Untuk Dominasi Badan, Filem ‘Split’ Penuh Suspen 2

Dengan bajet hanya $9 juta, filem Split mencipta rekod kutipan di dunia dengan jumlah $278.5 juta, menjadikan ianya dinobatkan sebagai filem paling menguntungkan pada 2017 dengan keuntungan bersih $105.1 juta.

Untuk pengetahuan anda, filem Split (2016) ini merupakan trilogi kepada filem Unbreakable (2000) dan diikuti dengan filem Glass (2019).

Sudah boleh tonton di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Split lakonan hebat James McAvoy dan Anya Taylor-Joy di pautan bawah: