Imbas Semula Telefilem ‘Aku, Dia Dan Tong Sampah’ Lakonan Beto Kusyairi-Siti Saleha 1

Imbas Semula Telefilem ‘Aku, Dia Dan Tong Sampah’ Lakonan Beto Kusyairi-Siti Saleha

 

Ditayangkan pada 2012, telefilem Aku, Dia dan Tong Sampah sehingga ke hari ini masih lagi ditonton oleh rakyat Malaysia.

Menampilkan pelakon hebat Beto Kusyairy dan Siti Saleha, telefilem yang ditayangkan di saluran TV9 ini mengisahkan mengenai dua individu, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta.

Imbas Semula Telefilem ‘Aku, Dia Dan Tong Sampah’ Lakonan Beto Kusyairi-Siti Saleha 3

Bertemu ketika mahu membuang surat cinta bekas kekasih di tong sampah, keduanya berjanji akan membantu satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih masing-masing.

Imbas Semula Telefilem ‘Aku, Dia Dan Tong Sampah’ Lakonan Beto Kusyairi-Siti Saleha 2

Ditulis oleh Nadia Khan, penulis buku Kelabu terbitan Fixi, telefilem bergenre komedi romantik ini dikatakan pada awalnya dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membuat projek akhir semester mereka dalam bentuk filem pendek yang kemudian skripnya diolah Nadia.

Lakonan yang natural menjadikan filem ini tidak terlalu cringe ditambah pula dengan dialog-dialognya menjadikan ianya sebagai sebuah filem yang boleh ditonton berulang kali biarpun sudah lama ditayangkan.

Untuk yang masih belum menonton, bolehlah tonton ‘Aku, Dia Dan Tong Sampah’ di YouTube Drama Sangat Official di pautan bawah:

BACA: Filem Seram Melayu Yang Pernah Menghantui Hidup Kanak-Kanak 90-an