OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun 4

Dipaksa OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun

Negara Jepun bukan sahaja terkenal sebagai negara yang sangat berdisplin dalam melakukan pekerjaan. Akan tetapi ada satu budaya kerja yang toksik di sana iaitu budaya kerja lebih masa.

BACA: Balik ‘On Time’ Dikira Berdosa? Ini Realiti Hitam Budaya Kerja Di Malaysia

Mungkin pada awalnya, budaya kerja ini dianggap sebagai sesuatu yang bagus, namun lama kelamaan ianya seakan memakan diri sendiri apabila tekanan yang diterima tidak mampu ditangani.

Biarpun statistik 10 tahun (2009-2019) menunjukkan penurunan, namun jika dibandingkan dengan negara lain jumlahnya masih lagi tinggi.

OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun 1

Biarpun ada undang-undang buruh yang menetapkan bahawa pekerja harus bekerja maksimum lapan jam sehari (40 jam seminggu), namun perkara ini jarang berlaku.

Pada tahun 2016, tinjauan mendapati lebih daripada 25% syarikat di Jepun menuntut supaya pekerja mereka bekerja lebih masa sekitar 80 jam sebulan. Dan kajian tersebut juga mendedahkan purata waktu bekerja lebih 50 jam seminggu merangkumi 22% daripada semua pekerja di Jepun.

OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun 2

Turut digelar sebagai karoshi kerana membawa maut, pihak berkuasa Jepun telah melancarkan kempen ‘Premium Friday’ bagi mendorong pekerja untuk keluar awal pada setiap hari Jumaat dengan menghadkan waktu kerja lebih masa maksimum 30 jam sebulan.

Ini turut dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan bahawa majoriti pekerja di Jepun hanya menggunakan separuh daripada jumlah 20 hari cuti yang diberikan untuk setahun kerana suasana tempat kerja yang tidak mengizinkan.

OT Sampai 80 Jam Sebulan, Ini Budaya Kerja Toksik Di Jepun 3

Konsep ‘bekerja sehingga meninggal dunia’ ini terhasil akibat daripada persaingan yang wujud dalam kalangan pekerja yang mana ianya menjadi penentu kepada kadar gaji, pangkat dan sebagainya.

Untuk mencapai matlamat itu, masing-masing akan berusaha untuk datang awal dan pulang lewat – seiring dengan matlamat syarikat.

Sumber:

  1. BBC
  2. Japan Yugen
  3. Statista