Anti Vaksin Bakal Dikenakan Tindakan

Golongan Anti Vaksin Yang Sebar Berita Palsu Bakal Dikenakan Tindakan – Polis

Golongan Anti Vaksin Yang Sebar Berita Palsu Bakal Dikenakan Tindakan – Polis

Penularan berita palsu bukan fenomena baharu, tetapi kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19.

Pakar perubatan kini bimbang dengan segelintir rakyat terhadap keselamatan vaksin dengan berita palsu yang disebarkan melalui media sosial.

Ada yang percaya vaksin Rusia dan China mungkin tidak cukup berkesan, manakala yang lain percaya berita palsu mengenai agenda tersembunyi di sebalik usaha vaksinasi.

Kerajaan terpaksa bekerja lebih keras untuk mendorong keyakinan terhadap vaksin COVID-19 kepada masyarakat memandangkan teori konspirasi dan berita palsu semakin banyak disebarkan.

Anti Vaksin Bakal Dikenakan Tindakan
Sumber: Gempak

Susulan itu, golongan anti vaksin yang menyebarkan berita palsu berhubung pengambilan vaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Memetik sumber Awani, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima sebarang laporan berhubung isu berita palsu berkaitan suntikan vaksin.”

Jual produk ganti vaksin antara objektif golongan anti vaksin

Pegawai perubatan mendedahkan mereka yang membuatkan orang ramai keliru mengenai vaksin mempunyai objektif untuk menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Mangnesium atau pelbagai jenis minyak.

“Selain itu, kumpulan anti vaksin di negara ini juga seakan-seakan mendapat satu kepuasan apabila mereka berjaya mempengaruhi individu lain supaya menolak vaksin.”

Justeru, elakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.

Untuk mengetahui apakah kesan sampingan yang dialami setelah menerima suntikan vaksin, boleh baca pautan di bawah ini.

BACA: Kesan Sampingan Suntikan Vaksin Yang Bakal Diguna Rakyat Malaysia, Ini Apa Yang Perlu Kita Buat