Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 11

Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu

Penjara Pudu merupakan sebuah penjara terkemuka di Malaysia.

Dibina semasa zaman penjajahan British pada tahun 1891 bagi mengurung 600 orang banduan, Penjara Pudu dibina di atas tapak bekas tanah pekubura Cina secara berperingkat dengan kos sebanyak Straits $16, 000 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895 dengan menggunakan banduan sebagai tenaga kerja.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jika anda pernah memasuki ruangan bangunan ini, pasti anda tahu bagaimana keadaan di dalamnya.

Buat anda yang tidak sempat menjejaki kompleks berkenaan, kami sertakan beberapa perkongsian yang pernah dikongsi di media sosial mengenai contengan luahan hati yang pernah dirakamkan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Malaysiaku Dulu-Dulu, seorang lelaki, Amri Daud menceritakan di dinding Penjara Pudu rata-ratanya ada contengan-contengan yang ditulis sendiri oleh para banduan di dalamnya.

“Bagai nak gila dalam penjara.” “Tolonglah aku.”

Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 1
Sumber: Amri Daud
Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 2
Sumber: Amri Daud
Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 3
Sumber: Amri Daud

“Sayang bukan niat kita untuk berpisah…”

Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 9
Sumber: Amri Daud
Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 5
Sumber: Amri Daud
Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 6
Sumber: Amri Daud

“Di kamarku menyepi seorang diri.”

Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 7
Sumber: Amri Daud

Diputuskan untuk dirobohkan pada Jun 2009 selepas ditutup secara rasmi pada 1996, Penjara Pudu menyimpan banyak memori suram banduan-banduan yang pernah mendiaminya.

Dengan kapasiti 240 buah bilik dengan keluasan sebesar 5×15 kaki, Penjara Pudu hanya mampu memuatkan sekitar 2,000 orang banduan.

Namun pada tahun 1985 seramai 6,550 orang banduan ditempatkan di dalamnya menjadikan ada banduan yang mengambil kesempatan melarikan diri daripada situ.

Luahan Hati Di Dinding Gambarkan Perasaan Penghuni Penjara Pudu 8

Antara individu terkenal yang pernah mendiami Penjara Pudu ini ialah bekas Menteri Selangor, Datuk Harun Idris (1 Mac 1977-1981) selama lapan tahun selepas disabitkan kesalahan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat.

Manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Hakim, Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani atas tuduhan membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib sebelum mendapat pengampunan daripada YDPA dan dikenakan penjara seumur hidup dan dibebaskan lebih awal pada 10 Julai 1991.

Sumber:

  1. Penjara Pudu
  2. Amri Daud