Kesan Sampingan Vaksin Malaysia

Kesan Sampingan Suntikan Vaksin Yang Bakal Diguna Rakyat Malaysia, Ini Apa Yang Perlu Kita Buat

Bermula hari ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang.

Fasa 2 (April hingga Ogos) membabitkan 9.4 juta orang dalam kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya (OKU).

Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022) pula untuk penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Setiap vaksin yang dihasilkan di dunia ini adalah daripada syarikat dan institusi berbeza. Difahamkan setakat ini, Malaysia menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Astrazeneca.

Kesan Sampingan Vaksin Malaysia

Mereka yang sudah menerima vaksin Pfizer dan dalam yang sama turut berkongsi pengalaman kesan sampingan yang dialaminya.

BACA: Ini Jawapan Kenapa Singapura, Indonesia Terima Vaksin Lebih Awal Berbanding Malaysia

Mari kita lihat apakah kesan sampingan yang dialami mereka setelah menerika vaksin Pfizer.

Menerusi laporan CNBC, penerima vaksin ini mengalami kesan sampingan seperti:

– Sakit dan bengkak di tempat suntikan
– Keletihan
– Sakit kepala
– Demam dan menggigil

Mereka yang mengalami kesan sampingan itu boleh mengambil pil penahan sakit OTC untuk mengurangkan gejala, kata CNBC, merujuk saranan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Ia adalah sesuatu yang biasa bagi tubuh manusia mengalami kesan sampingan kerana sistem imunisasi tubuh berfungsi untuk mempersiap dan melindunginya daripada virus menerusi proses ‘peradangan terkawal’.

Laporan itu juga mengigatkan orang ramai bahawa lebih ramai akan mula mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan kedua kerana suntikan pertama hanya merangsang tindak balas imun manakala yang kedua untuk meningkatkannya.

 

Selain itu, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan vaksin COVID-19 bagi melihat kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas program vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi menilai sekiranya berlakunya kesan sampingan yang teruk termasuk kematian untuk membolehkan tindakan susulan.

“Sekiranya berlakunya kesan sampingan yang serius ataupun kematian, kita akan daftarkan kes terbabit kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat pengeluar vaksin itu untuk direkodkan serta dinilai berdasarkan data yang ada,” katanya.

Seorang doktor gigi dari Malaysia yang telah pun menerima suntikan vaksin di India berkongsi tip, menyatakan perlu dapatkan rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal bagi memberi kerjasama dengan badan yang sedang menghasilkan antibodi baharu.

Boleh baca perkongsiannya di bawah ini.

Sumber: Utusan, SinarPlus