‘June & Kopi’ – Haiwan Adalah Lebih Baik Daripada Manusia

‘June & Kopi’ – Haiwan Adalah Lebih Baik Daripada Manusia

Sudah ditayangkan pada 28 Januari lalu, filem June & Kopi yang menampilkan haiwan sebagai watak utamanya tampil berbeza dengan filem yang ada.

Mengisahkan tentang Aya (Acha Septriasa) dan suaminya, Ale (Ryan Delon) yang masih menantikan kedatangan zuriat dalam keluarga kecil mereka telah menyelamatkan dua ekor anjing jalanan.

‘June & Kopi’ – Haiwan Adalah Lebih Baik Daripada Manusia 2

Selepas Aya melahirkan seorang bayi perempuan, June dan Kopi seolah-olah mengetahui mengenai peranan mereka sebagai sebahagian daripada ‘orang dewasa’ dalam keluarga tersebut.

Memaparkan kisah persahabatan haiwan dengan manusia, filem June & Kopi ini diinspirasikan daripada kisah benar yang dialami pengarahnya, Noviandra Santosa.

Noviandra memiliki anjing yang cacat – hanya ada tiga daripada empat kaki dan sangat takut kepada lelaki dan kisahnya diabadikan dalam watak June. Manakala watak Kopi pula diinspirasi daripada anjing pertama yang dijaga bernama Cody.

‘June & Kopi’ – Haiwan Adalah Lebih Baik Daripada Manusia 1

Yang menariknya, anjing yang membawa watak June & Kopi ini merupakan anjing jalanan yang mereka temkan di tempat perlindungan dan kemudiannya dilatih sendiri oleh Naviandra untuk penggambaran.

Untuk ketahui bagaimana kedua-dua ekor anjing ini menjayakan watak June dan Kopi, anda boleh tonton filem June & Kopi di platform penstriman video Netflix sekarang.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem June & Kopi di pautan bawah: