Kedai Saka Eco Shop Malaysia

‘Memang Berhantu Pun’, Netizen Terhibur ECO Shop Keluarkan Video Iklan ‘Kedai Saka’

Kemunculan kedai harga murah di Malaysia memenuhi keperluan pengguna dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, malah ia juga menawarkan barangan dalam pelbagai kategori di bawah satu bumbung.

Setiap kali mengunjungi ke kedai barangan keperluan pada harga murah ini, pasti walaupun sekali kita berniat untuk membeli satu jenis barang, selepas itu akan keluar dengan sekurang-kurangnya satu beg plastik penuh berisi barang.

Manakan tidak, semua barang yang diperlukan isi rumah dijual pada harga murah serendah RM2, menjadi daya penarik di mata kita walaupun belum tentu untuk menggunakannya lagi.

Tambahan pula, lokasi kedai yang berdekatan dengan tempat tinggal, menaikkan lagi potensi untuk sering berkunjung ke kedai-kedai harga murah ini.

Situasi ini menyebabkan ramai menggelarkan kedai RM2 ini sebagai kedai saka atau kedai berhantu kerana mempunyai daya penarik kepada sesiapa sahaja yang memasukinya.

Kedai Saka Eco Shop Malaysia

Mengambil peluang dengan gelaran yang diberikan itu, ECO Shop Malaysia mengeluarkan video iklan berjudul ‘Kedai Saka’ menerusi laman Facebook dan YouTube.

Dari permulaan hingga ke penutup iklan, anda pasti akan dapat kaitkan dengan situasi sebenar.

Ramai cukup terhibur terhadap iklan berkenaan dengan berkongsi pengalaman masing-masing apabila menjejak kaki ke kedai barangan murah itu.

Kedai Saka Eco Shop Malaysia

Kedai Saka Eco Shop Malaysia

Kedai Saka Eco Shop Malaysia

Kedai Saka Eco Shop Malaysia

Sekadar info, konsep kedai harga murah difahamkan bermula dengan sebuah kedai di Amerika Syarikat, Dollar Tree yang menjual barangan keperluan pada harga AS$1 (RM4.20)sejak tahun 1986.

Di Malaysia konsep perniagaan seumpama itu bermula dengan kedai RM2 yang bertapak sejak tahun 2000 namun perniagaan itu tidak menjadi bualan ramai sehingga ia tular tahun lalu.

Kewujudan kedai RM2 telah berkembang kepada pembukaan perniagaan barangan murah seperti Mr.DIY, ECO Shop dan Ninso yang menawarkan harga runcit yang lebih rendah daripada pasaran.

BACA: Bermula Dengan Kedai Kecil Perkakasan Rumah, Kini MR D.I.Y Dalam Pasaran Bursa Malaysia