Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nama Janna Nick Kembali Trending Dengan #JannaNickGoingToJailParty 4

Isu ‘Lisa BLACKPIG’ Melibatkan Janna Nick Punca Rakyat Malaysia Di Korea Selatan Dipulau?

Pada tahun 2018, nama pelakon dan penyanyi, Janna Nick sudah sampai ke portal berita di Korea Selatan berhubung dengan satu isu melibatkan mendiang vokalis kumpulan SHINEE, Jonghyun.

Kali ini, Janna Nick sekali lagi kembali menjadi trending susulan daripada satu hantaran di Instagramnya yang mempromosikan filem pertama arahannya, Delen.

Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nama Janna Nick Kembali Trending Dengan #JannaNickGoingToJailParty

Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nama Janna Nick Kembali Trending Dengan #JannaNickGoingToJailParty 1

Dalam filem tersebut dikatakan ada satu watak yang diberikan nama gelaran Lisa Blackpig yang dipercayai netizen merujuk kepada ahli kumpulan Blackpink, Lalisa Manoban.

Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nama Janna Nick Kembali Trending Dengan #JannaNickGoingToJailParty 2

Biarpun menafikannya dan menyifatkannya sebagai satu tohmahan, Janna Nick menerusi satu ciapan di Twitternya (yang dipercayai sudah dinyahaktif) memberitahu beliau telah membuat laporan polis berhubung dengan kecaman dan ugutan yang diterima.

“Perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Sebagai peminat budaya Korea, saya menganggap dakwaan yang dilemparkan tidak berasas.

Saya sendiri pernah berhubung dengan pihak pengurusan dan artis Korea dalam kerjaya dan menghormati mereka. Tidak dapat diterima akal untuk saya menggelarkan atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban dengan nama yang mengaibkan.

Selain dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, saya juga turut menerima ugutan jenayah dan serangan peribadi serta kata-kata kesat yang merosakkan nama baik saya bukan saja di dalam negara malah di luar negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan media, teman dan penyokong serta peminat yang khususnya mempertahankan segala tuduhan negatif yang dilemparkan oleh pesalahlaku ini.

Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi sama ada di peringkat industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.”

Permohonan maaf Janna Nick dan Nazim Othman

Surat kepada YG Entertainment

Melihat kepada tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty, ada yang memberitahu isu ini sudah pun dipanjangkan kepada pihak YG Entertainment selaku syarikat yang menaungi Blackpink.

Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nama Janna Nick Kembali Trending Dengan #JannaNickGoingToJailParty 3

Rakyat/Pelajar Malaysia di Korea Selatan menerima tempias