Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda

Vakum Robot Bajet, Hadiah Paling Dinanti Para Isteri

Siapa yang tidak mahu jika kerja membersihkan rumah menjadi lebih mudah dan cepat bukan? Terutamanya buat wanita yang bergelar isteri dan ibu.

BACA: Vakum Sedut Hama Ini Perlu Anda Miliki Sempena Promosi Tahun Baharu Cina

Beberapa tahun belakangan ini, pembersih vakum robotik menjadi bualan di media sosial. Tidak dinafikan, pengaruh drama Korea turut menjadi punca mengapa alat rumah ini menjadi kegilaan suri rumah tangga.

1. Samu Giken (2,000mAh) – RM68.90

Jenama Samu Giken semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menawarkan vakum robotik dengan harga yang boleh dikatakan paling murah di pasaran, ramai yang memberi ulasan vakum ini sesuai dengan harganya.

Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda 1

Namun ada beberapa kekurangan yang mereka dapati, antaranya berus tidak lagi berfungsi selepas memerangkap rambut dan ruang kabin kotoran yang sedikit kecil.

Namun untuk anda yang sekadar mahu mencuba, tidak salah kan untuk mencuba membeli vakum robotik Samu Giken ini?

2. Jallen Gabor (1,500mAh) – RM73.65

Pada awalnya mungkin anda akan sedikit skeptikal pada jenama ini. Tetapi jika melihat pada review yang ditinggalkan pembeli, rata-ratanya berpuas hati dengan kualiti robot vakum ini.

Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda 3

3. Bowai OB8S (1,800 mAh) – RM149

Mendapat rating 4.9/5 di Shopee, ramai yang memilih robot vakum ini kerana harganya yang sesuai dengan poket.

Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda 4

Namun jika dilihat pada review ada terselit satu komen yang mengatakan ianya bergerak sendiri biarpun selepas dimatikan pada waktu tengah malam. Adakah…

4. Liectroux – RM280

Hanya dekat sekali tekan pada butang mula, robot vakum ini mampu menyedut segala kotoran kecil dan tersembunyi yang ada di lantai rumah anda.

Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda 5

Daripada komen pembeli, ramai yang memuji daya sedut vakum ini yang kuat dan berbaloi dengan harga yang dilaburkan pada vakum jenama Liectroux ini.

5. Xiaomi Mijia (2,500 mAh) – RM549

Nama Xiaomi sememangnya diyakini bukan hanya kerana telefon pintar dengan harga bajet yang dijualnya tetapi juga kerana variasi peralatan di bawah jenamanya.

Vakum Robot Bajet, Barang Mesti Milik Bagi Mudahkan Kerja Rumah Anda 2

Melihat kepada review pembeli, ramai yang berpuas hati dengan robot vakum keluaran Xiaomi ini kerana daya sedutan habuknya yang kuat serta boleh melalui kawasan berkarpet tanpa sebarang masalah.