
Pelik Tapi Benar, Jepun Lantik Menteri Kesunyian Dan Ini Fungsinya
Pelik Tapi Benar, Jepun Lantik Menteri Kesunyian Dan Ini Fungsinya
Kesunyian, kini menjadi salah satu masalah dan penyakit utama penduduk dunia dengan jumlahnya terus meningkat saban tahun.
Ia bukan semata-mata perasaan bersendirian tanpa teman tetapi penyebab kepada masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Kajian AGE UK BARNET menunjukkan, kesunyian lebih berbahaya berbanding obesiti sekali gus dilihat sama buruk dengan menghisap 15 batang rokok sehari.
Tekanan dan pengasingan diri berpunca daripada situasi pandemik telah mengakibatkan peningkatan kes bunuh diri di Jepun dalam tempoh 11 tahun.
Jumlah kes bunuh diri di negara matahari terbit itu meningkat dalam tempoh setahun terakhir terutamanya wanita.
BACA: Hutan Aokigahara, ‘Hentian Terakhir’ Sebahagian Masyarakat Jepun
Jepun antara negara dengan kadar bunuh diri tertinggi, iaitu sekitar 14.9 kes bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
Pengkaji berpendapat, banyaknya wanita yang bunuh diri selama pandemik adalah kerana wanita cenderung lebih banyak bekerja di sektor perkhidmatan.
Lonjakan tersebut terjadi pada suku kedua 2020 dengan bulan Oktober menyaksikan jumlah kematian terbanyak iaitu 2,153 kes.
Kerajaan Jepun ketika ini mengambil langkah aktif untuk membantu mengekang lonjakan kes bunuh diri.
Bagi menangani masalah berkenaan, Perdana Menteri, Yoshihide Suga melantik Tetsushi Sakamoto, untuk menjawat jawatan Menteri Kesunyian.
Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah itu.
Kemeterian itu akan menubuhkan pasukan khas dan bakal mengadakan forum dengan kumpulan sokongan.
Sebenarnya, bukan Jepun sahaja yang menubuhkan jawatan sebegitu. Negara lain yang diketahi mempunyai jawatan yang hampir serupa ialah Britain yang mana pada awalnya idea itu mendapat kutukan.
Selain itu, Kanada, Jerman dan Australia antara negara yang sedang dalam pertimbangan untuk mewujudkan jawatan yang sama.
Sumber: Awani
Trending now



