Raging Fire

Raging Fire, Gandingan Mantap Nicholas Tse Dan Donnie Yen

Siapa tak kenal nama kedua-dua pelakon dari Hong Kong ini, Nicholas Tse dan Donnie Yen. Pernah berlakon bersama dalam filem Dragon Tiger Gate pada tahun 2006, kini mereka berdua bergandingan semula bagi menjayakan filem terbaru, Raging Fire.

Mengisahkan tentang cubaan polis menumpaskan penjenayah yang mengedarkan dadah namun mereka gagal melakukannya. Donnie Yen memegang watak sebagai pegawai polis manakala Nicholas Tse merupakan seorang bekas pegawai polis yang telah berubah menjadi penjahat akibat daripada tragedi lampau.

Raging Fire

Untuk pengetahuan anda, filem Raging Fire ini diarahkan oleh Benny Chan pada tahun 2019. Namun beliau telah meninggal dunia akibat kanser lalu filem ini diarahkan oleh Donnie Yen.

Jadi, kita bakal menyaksikan sebuah filem yang penuh adrenalin dan padat dengan aksi. Berdasarkan daripada trailer, filem ini juga banyak menyentuh emosi penonton. Nantikannya pada 30 Julai ini!

Tahukah anda, Donnie Yen pernah ditawarkan untuk membawa watak Aquaman? Jika anda tak percaya, cuba baca di sini.