Kereta Tesla Model Y Hilang Daripada Laman Web Selepas Tawaran Diskaun Lebih RM8,000 1

Kereta Tesla Model Y ‘Hilang’ Daripada Laman Web Selepas Tawaran Diskaun Lebih RM8,000

Kereta Tesla Model Y ‘Hilang’ Daripada Laman Web Selepas Tawaran Diskaun Lebih RM8,000

Pada Mac 2019, Elon Musk telah melancarkan Tesla Model Y yang merupakan kenderaan elektrik kelima yang direka sendiri oleh mereka.

BACA: Hantar Delegasi Untuk Lawat Kawasan, Tesla Bakal Masuki Pasaran Indonesia Tahun Depan?

Merupakan kenderaan Crossover SUV yang mampu menempatkan tujuh orang penumpang dalam satu masa, model ini dikatakan sudah lagi tidak tersenarai dalam laman web jualan syarikat di Amerika Syarikat dan Kanada selepas beberapa hari membuat tawaran pemotongan harga pada Model Y standard pada minggu lalu.

Kereta Tesla Model Y Hilang Daripada Laman Web Selepas Tawaran Diskaun Lebih RM8,000

Pemotongan sebanyak $2,000 (+-RM8,000) menjadikan harga model standard ini  $3,000 (+-RM12,129) lebih mahal daripada harga model standard-range plus dengan penurunan harga daripada  $41,990 (+-RM169,765) kepada $39,990 (+-RM161,679).

Selain daripada model standard, kereta Tesla Model Y long range juga menawarkan diskaun sebanyak  $1,000 (+-RM4,043) yang mana menjadikan ianya sebagai versi SUV paling murah dengan harga  $48,990 (+-RM198,066).

Syarikat Tesla Inc yang membuat dan menjual kereta elektrik dan komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik dikatakan akan menghantar delegasi ke Indonesia pada bulan hadapan bagi membincangkan potensi pelaburannya dalam rantaian bekalan untuk kenderaan elektriknya.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Indonesia, Jokowi  yang ditemani Menteri Maritim dan Pelaburan, Luhut B Pandjaitan menelefon Elon Musk pada Jumaat lalu.

“Perbincangan berkenaan membincangkan mengenai peluang pelaburan untuk syarikat kereta elektrik Tesla di Indonesia.” – Jokowi

Keduanya dikatakan bertukar cadangan dan pendapat dalam industri kereta elektrik dan komponen utamanya iaitu bateri kerana Indonesia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan mereka sebagai negara pengeluar bateri lithium terbesar.

Sumber:

  1. Tesla
  2. Business Insider
  3. Amanz