‘I Care A Lot’ Filem Psiko Amerika Yang Tengah Trending Di Netflix 1

‘I Care A Lot’ Filem Psiko Amerika Buatkan Penonton Bimbang Tentang Nasib Orang Tua Mereka

Baru saja ditayangkan di Netflix, filem Amerika Syarikat I Care a Lot sudah menjadi trending di platform penstriman video tersebut.

BACA: ‘ANNA’ Filem Aksi Thriller Ala John Wick, Tapi Dalam Versi Wanita

Ditulis dan diarahkan oleh J Blakeson, filem yang menampilkan Rosamund Pike sebagai pelakon utamanya mencuri perhatian kerana membawa tema filem komedi thriller gelap.

Mengisahkan mengenai Marla Grayson, seorang con woman yang menjana pendapatan dengan meyakinkan mahkamah supaya memberikan kebenaran kepada beliau untuk melantik beliau sebagai penjaga warga emas yang tinggal sendiri dengan alasan mereka tidak mampu untuk menjaga diri mereka sendiri.

‘I Care A Lot’ Filem Psiko Amerika Yang Tengah Trending Di Netflix

Marla kemudiannya membawa warga emas berkenaan secara paksa ke rumah jagaannya dan menyekat segala perhubungan mereka dengan dunia luar termasuklah kaum keluarga dan kemudiannya menjual aset-aset mereka dengan alasan bagi membiayai jagaan mereka.

Konflik bermula apabila Marla tersalah langkah, ‘menculik’ seorang warga emas yang merupakan ibu kepada bekas ketua gangster Rusia, Roman Lunyov.

Namun apabila keputusan mahkamah memutuskan bahawa Marla berhak mendapatkan ‘jagaan’ ibu Roman, keadaan mula menjadi kelam kabut termasuklah Marla diculik dan diberikan dadah sebelum berlakunya cubaan membunuh.

Apa kesudahan nasib Marla? Untuk mengetahuinya anda boleh tonton filem I Care a Lot di Netflix sekarang. Sebelum itu, tonton dahulu trailernya di pautan bawah: