‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga 3

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga

Drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 16 Februari lalu masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini.

Digantikan dengan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua, drama ini membawa tema yang hampir sama iaitu mengenai konflik dan dendam keluarga.

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga

Mengisahkan mengenai Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam, namun Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian) dan keduanya berkahwin.

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga 2

Laila yang patah hati kemudiannya bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada awal perkahwinan, Raihani dan Eizlan bahagia tetapi kemunculan semula Laila ke kampung telah membawa seribu mistik dan dendam yang lama terpendam menyebabkan rumah tangga keduanya mula goyah.

‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Bawa Tema Konflik Dendam Keluarga 1

Menampilkan lagu Purnama nyanyian Naim Daniel sebagai lagu pembukaan, drama 15 episod ini boleh anda tonton di Slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.