Hamza Bendelladj Hacker Palestin

Hamza Bendelladj, ‘Hacker’ Yang Menggodam 217 Bank Untuk Diderma Ke NGO Palestin

Hamza Bendelladj, ‘Hacker’ Yang Menggodam 217 Bank Untuk Diderma Ke NGO Palestin.

Apabila kita dengar perkataan ‘hacker’ ataupun penggodam, sudah pasti kita bayangkan perkara yang negatif atau orang jahat.

Terdapat pelbagai jenis penggodam dalam dunia ini dan ia bergantung kepada siapa soalan itu ditujukan.

Bagi penggodam yang tidak berpihak dengan kerajaan atau institusi tertentu, mereka dianggap boleh mengakibatkan banyak kerosakan seperti yang tercatat dalam sejarah.

Namun, satu kisah ini mungkin memberi anda pelbagai perspektif kerana di sebalik jenayah yang dilakukan itu, ramai mengangkatnya sebagai wira sehingga diberi julukan ‘Robin Hood Palestin’.

Penggodam itu bernama Hamza Bendelladj, merupakan graduan komputer sains kelahiran Algeria.

Dia menjadi salah seorang daripada 10 penjenayah paling diburu oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana telah menggodam kira-kira 217 bank di seluruh dunia.

Hamza Bendelladj Hacker Palestin

Menggunakan nama samaran sebagai BX1, Hamza dikatakan sangat mahir dalam ilmu teknologi maklumat dan juga urusan menggodam akaun serta laman web.

Menurut laporan Al Jazeera, beliau telah menggodam ratusan laman web dan mencuri jutaan dolar daripada akaun serta laman web yang telah digodamnya.

Hamza bukan sahaja dikenali sesama penggodam, dia juga popular dalam kalangan rakyat Palestin.

Dia menggodam bank-bank itu semua bukanlah untuk mengkayakan dirinya tetapi hasil curian itu didermakan kepada badan-badan amal di Palestin dan negara-negara Afrika yang miskin.

Ekoran itu, dia dianggap sebagai perwira kepada ramai orang kerana perbuatannya itu.

Hamza juga didakwa antara pencipta bersama kuda troy (trojan horse) SpyEye, yang didakwa muncul oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada 2011.

Hamza Bendelladj Hacker Palestin

Program itu mencapai puncak populariti pada 2009 hingga 2011 dan dipercayai menjangkiti lebih daripada 1.4 juta komputer di AS dan seluruh dunia.

Digelar ‘Smiling Hacker’

Selepas diburu selama tiga tahun, Hamza telah berjaya ditangkap pada Januari 2013 di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand yang mana ketika itu dia dalam penerbangan dari Mesir ke Malaysia, tetapi pesawatnya berhenti seketika di Bangkok.

Hamzah dijatuhi hukuman penjara 60 tahun namun telah diringankan kepada 15 tahun dan didenda RM64 juta oleh mahkamah Amerika Syarikat.

Apa yang menjadi perhatian media ketika itu, Hamza membiarkan gambarnya diambil dalam keadaan tersenyum. Disebabkan itu, Hamza digelar sebagai ‘Smiling Hacker’.

Oleh kerana diekstradisi ke AS, khabar angin mula tersebar di Internet mengatakan Hamza bakal berdepan dengan hukuman mati dan ini membuatkan para penyokong beliau memulakan kempen untuk memohon agar hukuman itu tidak dikenakan.

Malah duta besar AS ke Algeria pada masa itu, Joan Polaschik menyatakan bahawa ‘jenayah komputer tidak perlu dihukum dengan hukuman mati’.

BACA: Rakyat Malaysia Antara Yang Didakwa Godam Ratusan Syarikat, Organisasi Seluruh Dunia

Sumber: CNN, Merdeka